Pendapatan dengan Pendapat

13.12.09

Kembali Menyepi

Cebisan buah-buah yang masak dalam pepohon akal dan hati...

- Tak sangka aku boleh berselisih faham dengan kawan yang paling aku hormat.Well, that shows even he is not perfectly an adult yet...

- Just like KFC, I longed for another usrah sessions... It's yummy... For the soul that is...

- Sejak aku ambil math ni, banyak skil sastera yang hampir menghilang, macam pantun, sajak, syair, puisi, skrip, cerpen... sayang...

Setakat itulah...

16.11.09

Exam, Exam...

Macam kne repeat balik je Optics 2 ni...

6.11.09

Gumbira

Sangat gUmbira!!!!

Kadang-kadang, kita boleh tertipu dengan kegUmbiraan ini.... Maklumlah, di sebalik kegUmbiraan, terselit bibit-bibit kesayuan dan ratapan hati yang berada dalam kesedihan...

Apa benar kita ketahuan andai seseorang itu benar-benar gUmbira, atau cuma sekadar lakonan?

Tidak, masakan kita tahu apa dalam hati ciptaan Ilahi benama insani ini. Namu begitu, kita mampu menafsir kerana kita telah dikurniakan akal untuk pelbagai kegunaan...

Kita boleh gUmbira hanya cukup sekadar mengetahui, biarpun manusia di sekitar kita tidak mampu menggUmbirakan kita, tapi pasti tidak akan goyah kegUmbiraan kita, kerana kita tahu dan yakin bahawa Dia menanti kehadiran kita kepada-Nya...

Itulah yang aku sering lupa hingga perlu berlakon gUmbira... saat taipan ini dititip, terasa amat bahagia sekalipun bercucuran air mata... Bercucuran kerana kehilangan, gUmbira akan ketibaan, sayu akan keputusan, redho atas segala ketentuan...

Sebak rasa dalam hati bila mengenangkan kegUmbiraan yang pernah dikecapi bersama teman-teman yang kini telah menjauhkan diri, namun lega datang jua bila mengenang teman yang tak akan bersilih ganti...

Teman, daku kini mengerti bagaimana tidak sekalipun kau beralah dengan perubahan dunia yang tidak tentu arus alirannya. Biarlah kenangan kita menjadi mimpi buruk dalam dunia yang penuh resolusi yang tidak dapat diresolusikan...

Saat taipan ini dititip, gUmbira menjadi dukHa, sebagai tanda titipan ini harus berakhir. Terima kasih Tuhan memberi aku gUmbira dan dukHa...

17.10.09

Ambil

Ambil berat = memberi perhatian khusus
Ambil mudah = meringan-ringankan sesuatu
Ambil peduli = kisah dengan apa yang berlaku
Ambil tahu = rasa ingin tahu
Ambil pusing = mengendahkan

Ambil apa lagi yang anda boleh fikirkan? Reply away...

9.10.09

Semangat

Letihnya...

Ngantuknya...

Malasnya...

Itu sume cakap-cakap orang hilang semangat. Biasala tu, kalau dah mula hilang interest, seribu dalih pun belum cukup nak digunakan untuk tidak melakkukannya. Samalah yang tengah menaip ni. Jadi kesimpulannya, penaip juga sedang mengalami keadaan sebegini. Kena banyak ingat mati baru rasa nak buat kerja agaknya.

5.9.09

Ibadah Khusus: Technical vs Philosophical

Suatu malam semasa balik dari berbuka, ada sedikit perbualan tentang tarawih yang berlaku antara saya dan teman berbuka. Dari kata-katanya, saya dapat simpulkan bahawa dia melihat perkara-perkara sunnah dan mubah hanya sekadar "kalau buat, dapat pahala, tak buat tak dapat dosa". Saya tidaklah berkata apa-apa, kerana saya tidak mahu mengeluarkan hujah tanpa berfikir semasak-masaknya apa yang saya katakan. Maklumlah, mulut laser...

Walaupun sekadar perbincangan mengenai solat tarawih, saya dapat generalkan konsep perbualan tersebut ke skala yang agak besar, ibadah khusus. Saya berani berbuat sebegini kerana saya sudah lama mengenali dia dan ideologinya...

Bukanlah salah menilai ibadah khusus dari segi teknikal, dari segi falsafahnya, ibadah tu menunjukkan yang kita membalas rahim yang Allah beri pada kita... Biasalah kalau jadi malas nak melakukan ibadah khusus yang tarafnya bukan wajib mahupun sunat muakkad, sebab saya pun macam tu. Tapi bila mendengarkan buah fikiran teman saya itu, saya menyedari bahawa somehow dia hanya menitik beratkan aspek teknikal ibadah. Ada kemungkinan dia belum lagi menyedari intipati sebenar ibadah itu...

Saya rasa Allah nak menunjukkan sesuatu kepada saya malam itu...

14.8.09

Kepada yang terasa pedasnya, sila baca...

Taqi suka tipu saya... macam-macam dia cerita... rupa-rupanya tak benar belaka...

Aargh!!! Aizuddin Tertipu!!!!

Inikah calon suami yang awak nak sangat-sangat tu????

Quran Verse of the Day