28.1.09

Pengalaman Pertama

Menarik tak terkata. Tak ada ayat lain yang boleh saya gunakan. Saya tak pernah menyaksikan upacara perkahwinan. Tapi pada tanggal 24 Januari lalu, saya sempat menyaksikan segala-galanya, dari pernikahan hingga kenduri. Enab (sepupu saya) bernikah pada hari itu.

Saya sampai di Kulim lebih kurang pukul 4.00 petang. Pak anjang saya sewa rumah 'homestay' Pak Kecik saya. Tak sempat duduk lama-lama, sebab selepas itu, semua orang pergi ramai-ramai ke masjid kulim. Enab sempat menghulurkan kamera. Jadi secara tak 'official' nya saya jadi jurufoto amatur hari tu.

Majlis mula lepas Asar. Mula-mula imam nikah kahwin (dah tak panggil tok kadi dah sekarang) pergi ke Pak Anjang, untuk upacara penyerahan tugas menjadi wali. Lepas tu saya nampak Pak Anjang dan Enab tandatangan dokumen. Banyak pula tu. Entahla dokumen apa. Lepas tu baru nampak Pengantin lelaki datang. Imam nikah kahwin datang ke ruang tengah solat, jumpa pengantin lelaki (nama dia Nasir). Dia suruh Nasir praktis lafaz nikah. ala, yang panjang berjela tu. Lepas tu baru mula part pertama upacara pernikahan. Nasir diminta baca syahadah, selawat, dan rukun nikah. Lepas tu baru imam nikah kahwin membaca khutbah nikah. bila selesai khutbah, barulah lafaz nikah bermula.

Ada sedikit kelainan dalam lafaz menjawab lafaz nikah. ditambah frasa 'bagi diriku'. Tak faham? Macam ni; "Aku terima nikahnya bagi diriku..." Pelik jugak, sebab tak pernah dengar lg lafaz nikah mcm tu. Sepupu saya punyelah nervous, sampai menggeletar tangan. padahal suami dia yang lafaz akad, bukannya dia. inilah orang kata gabra nak kawin..

Malam tu, saya tolong-tolongla sikit, setakat mana yang mampu. tapi keje-keje orang pompuan la. keje-keje orang lelaki sume catering uruskan. gubah bunga telur, masuk hadiah tetamu dalam bag, dan tak ada macam dah. Tak percaya? tengok ni!







Ha, baru percaya? Anyway, esoknya, saya sempat pergi tengok pelamin sebelum pengantin pergi tengok. Cantik, gabungan emas dan perak. Biasalah, orang melayu, mesti nak ada pelamin. Majlis diadakan agak besar-besaran juga. Pagi tu ada marhaban, bila pengantin dah tiba, ada upacara tepung tawar. Well, traditional malays, nak jugak buat.

Pendek cerita, majlis kali ni memang meriah berbanding majlis sepupu-sepupu saya yang lain. Pengalaman menarik buat saya. Maklumlah, anak tunggal, mana nak ada peluang ikut serta rewang (kerja kahwin).

7 comments:

  1. kura-kura dalam perahu
    pura-pura buat tak tahu
    bagitahu semua orang baru tahu!

    ReplyDelete
  2. apa yang diomongkan pasal kura2 tu?mungkin ada yang letak kura2 tudalam perahu kot..sape yang nak amik tau?betul tak..hehe

    ReplyDelete
  3. oh... ramai, kan ramai yang follow blog anta, mestila dorg nak tau "kura-kura" mana yang ada dalam perahu tu... ke burung puyuh dalam perahu tu?

    ReplyDelete
  4. ?????? apa kaitan ngan my platform?

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku