14.3.09

Cheritera Sang Suara

Disclaimer: Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata, tiada kena mengena dengan apa yang berlaku kepada adik beradik cts, biotech dan biomedic mahupun sedara-mara third year.

Maka tersebutlah kisah pada minggu yang sudah, satu permintaan dari sciencess kepada student 3rd year, agar menghantar satu kumpulan penyanyi untuk bertanding dalam arena seni nyanyian pada malam semalam. Maka terpinga-pingalah budak-budak ni.

F1: T, jum masuk nyanyi ni.
T: Aku x reti la nyanyi-nyanyi ni.
F1: Ala, bolela, tolong program member ni...

Maka dengan muka yang 3 suku tebal, mencarilah kedua-dua sahabat ni perwira-perwira nyanyian yang juga bajet2 nak tolong member, bukan nak cari glamer.

F1: H kata dia ok je. Die leh men alat muzik.
T: Cantek!
F1: Aku dah ckp dgn A. Dia kata dia nak join.
T: Orait.
F1: Ko p la ajak N ngan F2 join skali
T: ndak ke dorg?
F1: kita xde pilihan, takde org nk bwk song nih. sume suara stok pangge ujan je nih...

Arakian, mencarilah T akan N dan F2, berharap agar mereka juga sanggup menebalkan muka join program ni.

T: Kitorg memang perlukan ko, F2. Suara ko power.
F2: Aku tak bese naik pentas nih.
T: Tolonglah... Pleeaseee...
F2: Okla... Membe punye pasal
T: U'r the best... He, tolong tanyakan N. Haritu org suka dengar suara dia.
F2: Ok

Eem... Lebih kurang beberapa hari kemudian...

F2: Tak dapatlah nak pujuk N.
T: Aiseh, mcm mana ni....

Jeng, jeng, jeng....

F1: Lagu dah ada. Jom practice.

Maka praktis la dorang akan lagu yang dicekup entah dari mana... Satu hari, F2 berbual dengan D tentang percubaan nyanyian dorang ni...

D: Nak ikut tengok leh.
F2: Nak join skali pun xpe.
D: Ish, tak nak la. suara tak sedap
F2: Hmm....

D pun ikutla F2 pegi tempat praktis... Bila D tengok diorang menyanyi, D pun teringin nak join, tapi tak diucapkan. D menggunakan pengalaman melihat nyanyiannya di sekolah untuk membetulkan mana2 kesilapan vokal kumpulan ini. Entah macam mana, D kne drag masuk menyanyi skali. Tak nak cakap banyak, D pun menjadi ahli grup ni. Aduih, mana nak letak muka ni... Berlatihlah mereka setiap malam selama seminggu selepas D join grup ni... Balik lewat malam kol 3... Fuh, penat...

Nak memendekkan cerita, grup ni nak mencari nama... due date hantar nama dah dekat... Entah macam mana, boleh dapat nama yang unik, sampai bila dihantar ke komiti, dorang pun sampai tergeliat lidah menyebutnya... tapi tak kisah la tu, janji ada nama...

Hari rehearsal pun bermula...

D: alamak, powerla grup lain...
F1: Takpe, relax.
T: Betul tu, kita nak perform je, bukan nak menang...Kita wat cemni nak? Psst...Gimik...Psst...
D: boleh, tapi kne ada yang sanggup wat gimik tersebut.
T: Aku sanggup wat gimik tu....

Tak nak cerita panjang, hari pertandingan bermula... dengan penuh gabra, mereka berdoa agar tidak memalukan diri, dan akhirnya menang no.1. mereka sendiri tak percaya.... Maka bersyukurlah 6 sekawan ni...

Sebenarnya dah tak larat dah nak cerita panjang2, pendek cerita, kumpulan mereka menang.

3 comments:

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku