22.3.09

Drug Addict Counseling

Semalam ada program untuk skill kaunseling, macam ala-ala briefing gitu. Ada banyak pointer yang diberikan oleh speaker. Btw, speaker ini datang dari USIM. Beliau dah dapat Dr., tapi x kisah tak dipanggil dengan gelaran tu.

Briefing ni tentang penagih dadah. menurut en. Halim, speaker semalam, nak jadi orang yang membantu penagih ni bukan senang, perlu ada dua skill. yang pertama, medical skill dan yang kedua, psychological skill. tapi nak cari medical student yang boleh jadi kaunselor susah. tapi itu intipati taklimat tu. yang saya nak kongsi hari ni adalah seperti di bawah:

5 fasa perubahan. (dah ditranslate ke bahasa kita)

1. pra timbangtara (pre-contemplation)

kita tak terasa pun nak berbah

2. timbangtara (contemplation)

kita sedar yang kita perlu berubah, tapi tidak melakukan apa-apa untuk berubah.

3. persediaan (preparation)

kita mengambil langkah-langkah untuk berubah

4. tindakan (action)

kita melakukan perubahan

5. pengekalan (maintenance)

kita mengekalkan peubahan

bagi saya, yang no. 5 tu yang paling susah skali, sebab nak istiqamah dengan sesuatu mesti ada great deal of motivation, internal dan external. kalau tak, memang tak jadi.

bak kata dr. shukri abdullah, "barukan yang biasa, biasakan yang baru".

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku