9.3.09

penat tapi berbaloi kepenatannya...

berakhir sudah satu episod yang amat memenatkan... minggu-minggu lepas adalah minggu-minggu yang amat sibuk. mana taknya, lepas satu kerja, datang lagi satu kerja.

kesibukan ini dimulai dengan presentation a.k.a mock teaching untuk subjek edu, methodology in teaching secondary school math. memang hectic. mula-mula terancang, pastu dah tak dapat keep track. Saya, dan 6 lagi kawan saya, halim, malissa, syahidah, aini, siti dan hasni present tentang integration. Idea dah cantik dah, tapi bila nak present, mulala terkial-kial mencari idea bagi melengkapkan presentation. tapi kami berjaya melaluinya, bak kata omputih "pull it through".

kesibukan seterusnya adalah untuk menyiapkan assignment comp math yang ke dua (yang ketiga ni tak sentuh pun lagi). 6 kali hantar bau diapprove dr.salihi. cubalah bbayang betapa siksanya mencari kesilapan. sebab tu lah lagi senang mengkritik manusia daripada mengkritik kerja mereka (eh, betul ke?).

ingatkan bolehlah rehat sebentar. tiba-tiba datang lagi satu kerja, skill kaunseling cccs 3232k. kami perlu "interview" dua orang pelajar untuk tahu cabaran yang mereka hadapi sepanjang belajar di universiti. kene buat presentation lagi. aduh. time ni dah "stress" dah. tapi alhamdulillah, kami berjaya habiskan.

malam tu juga ada mid term optics. nasib baik la dapat "open book" mid term macam biasa. jadi dapatla menjawab soalan-soalan yang diberikan.

kemudian, kesibukan ini diteruskan dengan presentation mgt 1050k (haha, boleh bangga sebab ada k kat hujung course code). saya dapat dengan group senior, jadi agak kurang yakin kami boleh "pull through". tapi berkat doa dan komitmen setiap ahli; usamah, hafis, hasan dan yusri; kami dapat markah yang tinggi. biasalah, tekanan akan tiba bila kita tak rasa "confident" dengan "progress" kerja kita.

sekarang dapat rehat, jadi ambil keputusan tak nak balik rumah sebab nak menyelesaikan kerja-kerja bukan belajar yang tertangguh. tapi sampai sekarang tak buat-buat lagi. hehe...

sekian saja berita untuk minggu ini, pastikan anda setia bersama saya. salam hormat, jumpa lagi.
(cewah, macam pembaca berita pulak...beranganlah aizuddin...beranganlah...)

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku