15.5.09

blaja benda baru - filter data guna microsoft excel 2007

Hari ni saya ada belajar benda baru, iaitu macam mana nak filter data. Benda ni ada dalam applikasi microsoft office mcm word, excel dsb. Tujuan penggunaannya adalah untuk membolehkan kita pilih data apa yang kita nak kaji daripada banyak2 data yang ada

Story:
Hafizah bahaluddin datang minta tolong saya tentang benda ni sebenarnya. Saya tak tahu data filter tu apa, jadi bila dia kata dia guna excel, saya pergi help file excel dan cari tentang filter. setelah puas mencuba, maka dapatlah caranya untuk filter range of data.

Bahan-bahannya:
1. Microsoft excel (tak kisah versi berapa, tapi bukan 2007, sebab interface dia lain)
2. Spreadsheet data (kalau boleh yang ada data ribu-ribu)
3. Komputer dan pekakasnya (mestila, kalau tak nak buat macam mana?)

Cara-caranya:

1. Mula-mula kita pilih label yang ada pada data tu. Label tu perkara yang menggroupkan data tu macam nama, tarikh dsb.


2. Sekarang, pergi data > filter > autofilter (autofilter la dulu, advanced tak reti lagi)


3. Akan keluar serupa bentuk arrow di sebelah label yang kita pilih tadi. Kalau tak keluar, uncheck autofilter untuk kembali ke sediakala, dan ulang langkah 1 dan 2.

4. Pilih (custom...), akan keluar satu form-like text box nama "Custom AutoFilter". Haa, part seterusnya akan jadi sedikit tricky.


5. Ada 4 kotak yang boleh diisi di situ. kotak yang sebelah kiri membolehkan kita memilih cara bagaimana untuk filter data tu. kotak yang sebelah kanan membolehkan kita memilih data mana yang kita nak lihat.



6. setelah memilih apa yang kita nak, tekan ok. Jika ini berjaya, kita akan dapat lihat series of data yang kita nak lihat.



7. Kalau nak kembali kepada asal, cuma perlu pergi semula data > filter > autofilter dan klik. Ini akan meng'uncheck' autofilter


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku