27.5.09

Cara-cara nak buat multiplot guna excel 2007

Terima kasih kepada Hafizah Bahaludin kerana bertanya.

Maka dengan ini (mak aih, ayat..) saya ingin menunjukkan cara-cara buat multiplot dengan excel. Ramai yang dah tau caranya, tapi ingin saya tunjukkan juga, agar blog ni dapat dihayati pengisiannya.

Mari kita mulakan.

Bahan-bahannya:

1. Komputer, laptop, pda atau apa saja yang boleh menampung pengisian Microsoft Excel 2007 ni
2. Microsoft Excel 2007 (bukan 2003 atau 2000)
3. Data (amik lah dari mana-mana pun). Untuk tujuan demonstrasi, saya guna 2 nilai dari trigonometri, iaitu sin dan cos.

Cara-caranya:

1. Masukkan data yang dikehendaki.


2. highlight keseluruhan data tersebut. Pastikan dihighlight dengan label data tu sekali.


3. Pergi insert > chart ( yang saya tanda bulat merah tu)


4. Pilihlah mana-mana bentuk chart yang anda gemari (untuk tujuan demonstrasi, saya gunakan scatter > scatter with smooth lines). Kemudian, klik pada selection anda.


5. Jika anda mendapati graf anda menjadi tidak seperti yang anda harapkan, ada kemungkinan Excel telah tersalah baca row/column data anda. Jika ini berlaku, klick chart tersebut, dan akan keluar option chart tools di atas ribbon(ala, yang ada menu home, insert, dsb.). Tekan chart tools, dan cari switch row/column. Tekan.


6. Ha, beginilah rupa multiplot yang kita nak. Kalau nak tambah plot pun boleh, tapi saya tak cerita lah, sebab penat nak menaip, hehe....

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh ym saya (deen86da) .


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku