12.5.09

Hari ke-11

Haha, semalam memang terdapat banyak insiden yang mengejutkan.

Sepanjang hari internet tak ada. Buntu dibuatnya. Nak surf internet cari maklumat nak assist projek pun tak dapat. hilang semangat nak buat projek. Nasib baik wireless ada, itu pun slow.

Since network problem, nak print pun tak boleh lah, sebab printer connect ke komputer guna network cable, bukan USB cable. adui, tak dapat nak print flyer.

Nak dijadikan cerita, hari sudah tengahari (apa punya ayat daa...) baru teringat tak log in masuk kerja lagi. Aiseh, kacau betulla. mesti rosak attendance. huhu...

Petang tu pula, kak Farah beritahu yang Prof nak guna dah program yang saya tengah bina sekarang. Apa lagi, mulalah kelam kabut habiskan. bajet balik rumah nak buatla... hampeh tak buat satu apa pun.

Hari ni nak cuba cari penyelesaian untuk semua masalah yang ada.

4 comments:

  1. balik umah ke, pergi shopping?hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... mentang2lah ana btau smlm...

    ReplyDelete
  3. mee segera dalam cawan, roti, susu strawberi, pembersih muka, pengelupas kulit... tu je kot

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku