27.5.09

Hari ke-21 & 22

Entah macam mana semalam boleh tak ada mood untuk berblog...

Jumaat hari tu saya cuma menyiapkan kerja programming saya. Saya juga report kat supervisor petang tu. Saya makan di kafe sekali seminggu, pada hari Jumaat lah. selalunya makan mi segera dalam cawan je. Nak save budget makan, sebab bawak kereta pergi kerja. Patutlah ada kawan-kawan kat universiti yang makan pun tahankan saja, rupanya sebab mereka ada tanggungan seperti kereta dan motosikal. Nak dijadikan cerita, rupanya kak Farah ada masak nasi, siap suruh saya makan lagi. Haha, blog lepas tak cerita tentang ni.

Isnin hari tu ada meeting tentang satu konvensyen antara pensyarah. Saya yang tak pernah dipanggil, tiba-tiba dipanggil. Lepas meeting tu baru dapat tau yang ada kemungkinan saya akan turut serta. Terkejut saya dibuatnya, sebab meeting tu belangsung dari 3-5 jun, tapi pada 6 jun saya nak ikut parents saya pergi perak. Alahai...

Semalam adalah hari yang agak membosankan buat saya. Tak ada mood nak teruskan dengan apa-apa kerja pun. Tapi buat jugalah, pura-pura rajin. sebenarnya bukak kartun, tengok dalam skrin kecil. dalam pura-pura tu, sempatlah juga betulkan problem kat program tu. Adalah satu abang hensem dari kelantan tanya saya pergi ke tak Penang (Konvensyen tu buat kat Penang), kak Farah jawabkan untuk saya. Tak katanya. Saya dengar je jawapan tu, lega jadinya, macam orang baru baik sakit perut...

Hari ni nak start working on report mini project dan industrial training project. Harap-harap dapatlah habiskan 1st draft.

2 comments:

  1. haha...
    ikot ktorang time cuti nanti la jom?
    g bukit merah..moh la

    ReplyDelete
  2. jahatla anta, dah tau ana abes 10/7, ajak jugak... saje je kan?

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku