28.5.09

Laptop tak boleh boot! Aarghh!

Jangan sampai begitu. Saya juga mengalami masalah ini. Laptop saya jatuh bedebuk. Selepas mendapati laptop tersebut kebingungan, saya shutdown lah sebentar. Kemudian saya cuba start laptop kembali. Dan hasilnya...

OMG! tak leh boot! Adus...

Saya pula yang kebingungan... Jadi saya agak sedih dan hampir hilang mood untuk bekerja. Rasa macam nak masuk dalam kereta, tidur. Tapi berpantang maut sebelum ajal, jadi saya try tengok information kat internet. Maka terjumpalah satu website ni...

http://www.forum.kjkm.org/viewtopic.php?p=12129&sid=d8584c78b074e93f59a759c77a4ae354

Setelah saya scroll sampai ke hujung forum, saya terjumpa sesuatu yang menarik, tentang apa nak buat kalau laptop tak mahu boot. Begini caranya (nota: untuk laptop hp compaq sahaja, yang lain silalah buat atas risiko sendiri):

1. tutup plag adapter dan cabut dari laptop
2. cabut bateri
3. tekan butan on laptop dalam 30 hingga 60 saat
4. pasang kembali adapter dan cuba on laptop

saya skip nombor 4, sebab nak try guna bateri. Hasilnya...

Ya! Laptop saya kembali bernyala! Syukur Alhamdulillah.

P.S: sebenarnya kejadian ni berlaku 10 minit sebelum penulis menulis entry ni...

2 comments:

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku