26.6.09

Akhirnya...

Akhirnya Kini Mesti (Digubah dari Akhirnya kini pasti nyanyian Anita Sarawak)

Ketika tubuhku ku di lukai akibat virus
Tak ku duga oh tanpa ku sedari
Menjelma doktornya...
Bersama manis bicara
Terasa bayu ubatnya
Bolehkah ku sihat kembali sangsi berkata

Walau ku manis diarus curiga melangkah jua
Ingin ku melupai segala cerita lama
Semakin hari berlalu semakin sihat tubuhku
Lembutnya kilauan sinar cahaya pilnya

Akhirnya kini mesti
Ku temuinya pabila demam
Bahagia pabila ku tak demam
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira... auw !

Semakin hari berlalu
Semakin sihat tubuhku
Lembutnya kilauan sinar
Cahaya pilnya

Akhirnya kini mesti
Ku temuinya pabila demam
Bahagia pabila ku tak demam
Sungguh indahnya

Akhirnya kini mesti
Ku menemui doktor yg mengubati
Akhir kini ku kembali jua sihat sejahtera
Akhirnya

Hehe, sebenarnya, sejak dari matrik, tak pernah jumpa doktor bila demam, selalunya tunggu baik sendiri, atau pun buat rawatan sendiri (cool fever, panadol, strepsils, ubat batuk cap ibu dan anak, panadol soluble, tisu)... Tapi since kena kerja ni, kenalah dapatkan M.C.

P.S: sebenarnya tak cukup sekadar jumpa doktor, masa makan ubat tu, selawatlah, dan berdoa agar dengan usaha bertemu doktor dan mendapatkan ubat, akan datang kesembuhan... bukan ubat yang menyembuhkan, bahkan Allah yang memberi kesembuhan...

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku