1.6.09

Dr. Salihi

Ha....

Jam 7.50 pagi, telefon saya berbunyi. En. Salihi telefon, katanya nak melawat UKM. Beliau siap boleh tanya saya lagi ada kat rumah ke tak, padahal saya dah 10 minit berada di ofis UKM ni.

Dalam jam 9 pagi En. Salihi (walaupun beliau ada dr., saya panggil juga beliau encik) datang ofis saya kat UKM ni. Tapi bukan nak assess saya, saja datang melawat tempat lama. En. Salihi datang bersama sepupunya. Elok-elok En. Salihi sampai, saya kena keluar hantar barang. Jadi En. Salihi boraklah dulu dengan kak Farah (In case you guys don't know, tempat saya buat industrial trining ni sebenarnya tempat En. Salihi buat PhD beliau).

Saya sempat tanya 2,3 benda pasal mini projek dengan beliau. Rupa-rupanya yang akan bagi markah bukan sekadar lecturer yang mengajar subject concentration kita. Mana-mana lecturer yang ada pun boleh bagi kita markah.

Projek yang saya buat ni cuma guna matematik mudah, tapi since saya guna algorithm yang agak memingkan kepala, En. Salihi suruh saya stress kat part tu. Jadi adalah point nk present nanti.

Saya ada juga tanya pasal fyp. Saya nak kaji pasal lens imaging. Apa akan berlaku kepada imej kalau lensanye ada kecacatan, contohnya kalau lensa tu sumbing, atau calar. Beliau kata kalau kita ambil kira light sebagai wave, agak banyaklah pengiraan yang berlaku ( kena selesaikan maxwel equation), kalau ambil kira wave sebagai ray, kurang sikit pengiraan (lens formula barangkali), tapi since saya nakkan imej sebagai hasil kajian saya, En. salihi mengesyorkan saya cari software retracer. Software tu akan keluarkan grafik sebagai output imej yang saya cari bila kita letak input sekian,sekian...

Lepas tu En. Salihi berbual dengan prof. Kamal (supervisor saya). Prof kamal dah cadangkan supaya En. Salihi minta budget untuk research numerical computing tu. Takpe, duit CTS berlambak.

En.Salihi bertolak pulang dalam jam 12 tengah hari.

2 comments:

  1. emm..menarik gak pasal lens imaging tu...x sabar nak tgk results die...hehe..
    p/s: suke tgk org py keje coz xreti nak wat..haha

    ReplyDelete
  2. mula pun tak lagi cik rukiah oi...

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku