23.6.09

Fauzan and the Reddish Wedding...

Sabtu lepas, sempat meluangkan masa bersama kawan-kawan pergi ke Jelapang untuk menghadiri satu majlis 'double wedding ceremony' antara Fauzan dan Hidayah dan adik hidayah dan pasangannya.

Saya, Wan dan kawan lama, Nabil bertolak dari rumah tumpangan kami di Sg. Besi kira-kira jam 9.15 pagi. Sesampainya di R&R Sungai Buloh, kami singgah mengambil seorang junior Kulliyyah Science yang memang hendak turut serta, iaitu Saifullah Ariff.

Selepas itu, kami singgah di R&R Tapah sebab saya nak isi minyak kereta dan 'isi minyak'. Alang-alang dah ada kat situ, sempat pergi ambil duit RM200. Perjalanan diteruskan dengan senang hati sebab minyak dah diisi.

Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam bertukar menjadi 3 apabila kami terlepas laluan ke Jelapang di Tol Ipoh Utara gara-gara tak yakin akan jalan tersebut. Sekali lagi terlepas laluan U-turn selepas melalui terowong. Berpatah balik di tol simpang Kuala Kangsar.

finally, jumpa tempatnya. Kalau tak silap, dah lama tiba. Tapi itu semua ketentuan Allah, kerana Dia mahu menemukan saya dengan kawan sekolah lama, Nik Nurul Zilal. Kisahnya dia member adik Hidayah.

Makanan sedap, majlis meriah, berpusu-pusu orang datang, tapi tak ada bunga telur. Dapat gula-gula saja.

Sempat ambil gambar Fauzan dan Hidayah sahaja. Well, itu pun tujuan kitorang pergi sana.

Balik dalam jam 2.00 petang. Singgah di R&R Tapah Utara untuk rehat dan tidur. Boleh pula tidur dalam kereta ramai-ramai selama 1/2 jam dalam air-cond kereta terpasang. Berjalan minyak. Hilang satu bar.

Masa kat persimpangan balik lepas tol sungai Buloh, saya tersalah masuk jalan. Berkat daripada itu, saya dapat menghantar Saifullah balik ke rumah yang didudukinya sepanjang industrial training ni, di TUDM Subang.

Lepas tu Nabil tunjukkan jalan keluar, sebab dia arif jalan-jalan ni... entah macam mana dia boleh jadi tak sure, jadi kami pun teruskan sajalah dengan doa agar dapat keluar dari area Subang ni.

Tup tup, keluar kat lebuhraya KESAS. Alhamdullillah, syukur, sebab tau lebuhraya KESAS akan membawa kami pulang ke MRR2. Jadi pergilah isi minyak yang makin kurang sebab dah banyak digunakan. hampir RM100 untuk minyak saja. Setangki penuh Myvi adalah dalam lebih kurang 30 liter, so 30 liter*RM1.80 = RM54.00. Tapi selalunya kurang lagi, sebab minyak akan berbaki dalam 5-10 liter dalam tangki.

Maka sampailah kami ke rumah Sungai Besi around 5.30 petang. Saya balik ke rumah, sampai dalam jam 6.10 petang. Itulah kenangan berharga.

5 comments:

  1. Erk, jauhnya sesat. huish kalau terlepas exit kat highway ni parah sket laa, sebab next exit tu jauh. huhu. Nasib baik minyak penuh ek!

    Kalau rajin travel, beli lah phone yang ada GPS ^_^

    Tapi sesat2 ni kekadang enjoyable kalau kita x rush ke mana2 :p

    Wan pun gi? Wan- redzuan masran tu ke? Apa citer dia? tak de blog ke pakcik tu?

    ReplyDelete
  2. deen and other companions yang datang.
    TQ banyak2.
    amboi, bila pula nak merasa deen punya nasi minyak??

    ReplyDelete
  3. Y:

    Betul, memang Wan Masran... Die xde blog. nanti ana tnye die kot2 die nak wat 1...

    B.I.T.M.D:

    Nasi minyak ana? Insyaallah, lama lagi... haha... Anta dah beranak pinak kot...

    ReplyDelete
  4. cam karangan "peristiwa yg xdpt sy lupakan". xpn "sesat"..heee

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku