1.6.09

Hari ke-25

Dah 25 hari saya di sini. Macam-macam benda dah dirasai, memang best. Jumaat lepas saya berpeluang pergi solat jumaat dengan supervisor saya, Prof. Kamal. Memang best, sebab prof. pandai bercerita. Jumaat lepas memanglah suatu hari di mana saya mengemaskini portfolio, report industrial training, logbook (tak tulis hari-hari, bila nak tulis aktiviti, refer kat portfolio), dan banyak kerja-kerja rencam. Selain itu, saya sempat membantu kak Farah menyusun goody bags untuk konvensyen di Pulau Pinang minggu ni. Saya suka buat kerja-kerja ofis macam printing, buat surat, lipat-lipat, potong-potong dsb. Part yang guna public relation skill saya tak berapa minat, tapi since saya tengah praktikal, saya buat jelah.

Hari ni saya nak carry on dengan projek. Nak tambah permintaan dekan haritu. Harap-harapnya saya dapat selesaikan kerja ni dalam seminggu ni, supaya saya boleh tambah lagi apa yang ada. Saya belum sempat kemaskini personal version. Tu yang tak upload-upload lagi tu...

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku