10.6.09

Hari ke-32

Semalam agak membosankan. Pertama kali merasakan kebosanan kerana tiada kerja. Report yang dijangka siap 50% tidak sampai targetnya. Siap boleh sakit kepala kerana merenung 2 buah komputer pada masa yang sama dalam jangkamasa yang lama.

Malam semalam pergi UIA dengan Fadhil, sebab ada majlis di sana. Lepas habis, pergi ke Siddiq dan membeli makanan yang popular dan murah di situ; hotdog besar yang ada french fries dan menggunakan french bread. Yum! dah lama tak rasa....

Hari ni nak memikirkan sesuatu untuk menambahbaik program, dan update e-portfolio, dan update report, dan macam-macam lagi... Harap-harap dapat melakukan semua itu dengan semangat. Agak rugi Jumaat lepas kerana tidak merekod pekerjaan sehingga terlupa aktiviti yang dilakukan.. Rugi!

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku