12.6.09

Hari ke-34

Semalam tengok movie sambil bekerja. Kak farah lah yang perkenalkan movie ni. Tajuknya "Laskar Pelangi". Sempat juga siapkan sedikit item dalam e-portfolio ni. Buka satu page baru yang menerangkan komponen dalam program ni. Tapi snapshot belum dapat letak.


Pagi tadi memang pagi yang agak pelik. Terjaga dari tidur bagaikan orang terjaga kerana terlajak tidur, rupa-rupanya jam baru menunjukkan 5.50 pagi. Masa nak ke kereta, terasa bagai beg laptop lupa nak dibawa, jadi lepas sampai tingkat 1, naik balik lif ke tingkat 7. Elok-elok sebelum keluar lif, baru perasan beg laptop ada sekali dengan beg galas. Tak pasal-pasal kena turun tangga.

Apa-apa hal pun, jerebu sangat pagi tadi. Ingat kabus. tengok ni, construction terminal yg mcm kl sentral (sebab terminal ni akan mengumpulkan sistem kereta api yang sedia ada macam di kl sentral), hampir tak nampak.


UKM pun sama


Teruk kan?

Hari ni nak teruskan pekerjaan yang masih belum disiapkan. Juga mahu update reflection dam logbook yang tertangguh sekian lama.

3 comments:

  1. teruk betul jerebu...

    nak merempit pon x bape nampak jalan dah...huhuhu

    ReplyDelete
  2. tu lah... itu pun ada orang nak pergi kenduri sabtu ni dan berkelah ahad ni... apa punya orang...

    ReplyDelete
  3. tu la...orang tu memang bagus...lagi2 yang nak p berkelah tu sebab nak larikan diri daripada kesibukan kota... :P

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku