17.6.09

Hari ke-37

Semalam masih training HyperWorks. Blajar tentang aplikasi HyperStudy. Sungguh hebat bila kita dapat translate matematik yang tak nampak hujung pangkalnya tu kepada sesuatu yang boleh dilihat, dirasa dan digunakan. So, siapa kata matematik tak penting? Siapa? Siapa?

Anyway, semalam ada seorang pelajar PhD kat situ dari Iraq tanya saya. Dia lihat business card trainer tu dan dia tanya saya; "kenapa di namanya ini ada "syed"? bukankah syed itu keturunan Rasulullah? Tapi dia melayu? Macam mana tu?

Maka saya menjawab dengan konfidennya bahawa disebabkan perkahwinan lain bangsa antara pedagang arab dan orang tempatan menyebabkan manusia-manusia ini wujud. Sebenarnya, pedagang-pedagang Arab yang berketurunan syed dan ini tinggal dan menetap di tanah melayu zaman kegemilangan melaka dulu. Mereka membawa sekali anak dan isteri mereka menetap di sini. Sebab tu boleh retain nama syed dan sharifah tu. Kalau interracial marriage, tak adalah nama tu... ke macam mana eh? saya pun dah confuse...

Tapi kesian uncle tu... Macam mana saya nak beritahu semula... Itulah kisah yang berlaku semalam... Yang lain biasalah, tengah-tengah training saya tidur... Yelah, duduk tengok orang lain buat je... Mana tak mengantuk...

Hari ni aim saya adalah untuk menghabiskan 1st draf report industrial training dan mini project untuk dinilai oleh supervisor. Aim saja, kalau tak habis pun tak mengapa. Cuma nak siap cepat-cepat, sebab nak fokus fyp pula buka sem nanti.

4 comments:

  1. igatkan batch 053 je ske wat fatwa sendiri...

    ReplyDelete
  2. nape ckp cemtu? ada yg silap tulis ke?

    ReplyDelete
  3. haha... pasal syed tu... well... manusia memang ske wat byk kesimpulan sendiri... kalau anta tau pape, kongsila... takkan nak tempelak je kot...

    ReplyDelete
  4. x taw pape...

    cme teringat kata2 Dr S tu je...

    hee

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku