19.6.09

Hari ke-39

Semalam menghabiskan masa siapkan report... Aduu, memang pening, maklumlah, dah lama tak menulis dalam bahasa Inggeris. Tengok member punya report, ayat hebat habis. Agaknya inilah yang berlaku bila kita dah jauh dari jalan yang sepatutnya kita tempuh. Kita jadi manusia biasa yang hanya menuturkan dan membuahkan kata-kata biasa. Menyesal.

Petang semalam balik lambat. Tiba-tiba dapat kerja. Kena scan 3 jurnal. Menarik juga kerjanya, cuma agak meletihkan. Mula-mula scan kertas tu. Lepas tu transfer masuk laptop untuk convert jpeg image ke pdf sebab komputer kerja ni slow. Lepas tu hantar pdf file tu kepada yang mengorder. Transfer dan hantar, semua guna email. Tapi last-last kena guna thumbrive juga sebab file pdf tu besar sangat. Time tu pun dah pukul 6 lebih.

Hari ni nak pastikan report industrial training tu boleh siap. Nanti bleh tunjuk kat prof.

1 comment:

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku