24.6.09

Hari ke-42

Semalam hampir lapan jam duduk sini tanpa berbuat apa-apa. Buat report sikit saja, dah hilang idea. Buat e-portfolio pun sekejap saja. Banyak masa habis dengan melayari internet. Terlupa kena baca buku Finite Element Method. Hahaha... Sigh...

Semalam juga bermula titik hitam dalam diri apabila dek kerana menahan nafas ketika bersin, mengakibatkan virus bersin masuk dalam salur makan, lantas menginfeksi anak tekak. Jadi malam semalam buatlah air asam jawa, konon nak bagi lega, tapi tidak berhasil kerana airnya dibuat sangat cair. Maka meranalah semalam dek tak cukup tidur.

Hari ni datang kerja dengan penuh kesakitan. Hidung selsema, tekak sakit. Kalau demam datang, nak pergi jumpa doktor, takut penyakit lain.

2 comments:

  1. p chek dr la...
    .
    .
    .
    bahayo sihh kalo H1N1...huhu

    ReplyDelete
  2. kalau dapat mati dalam islam dan iman, kalau dpt mengucap, kite rela...

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku