1.6.09

Menukar page orientation dalam word 2007

Terima kasih kepada Hafizah Bahaludin kerana bertanya. Saya seronok menjawab soalan-soalan beliau kerana saya juga dapat ilmunya.

Hari ni kita fokus kepada cara untuk menukar page orientation dalam word sama ada portrait atau landscape. Yang biasa kita buat adalah dengan pergi ke page setup > pilih page orientation > pilih landscape/portrait. Cara ini akan menukarkan orientation untuk semua page yang ada dalam 1 fail document. Yang kita berminat adalah penukaran orientation yang sebegini rupa...


Nampak kan ada perbezaan page orientation di situ? nak tahu cara-cara membuatnya? ok, kita mulakan.

Bahan-bahannya:

1. komputer dengan microsoft windows
2. microsoft office word 2007 (lain version lain interface)

Cara membuatnya:

1. Setelah membuka perisian Word anda, pergi ke page layout.


2. Pada tab page setup, klik breaks.


3. Di sini terdapat pelbagai jenis page & section breaks. Untuk demonstrasi ini, saya memilih untuk menggunakan section breaks > next page. Klik option tersebut.


4. Klik pada mana-mana page yang anda ingin ubah orientationnya, kemudian pilih orientation (tab yang sama dengan breaks).


5. pilih sama ada landscape atau portrait.
6. Lihat penukarannya.



Jadi kan? Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Oh!! masa gune 2003, break tu dalam insert. tapi bile kat 2007 die kat page layout pulak.. padanla tak jumpe.. thanks!

    ReplyDelete
  2. sama-sama.. ada gak orang yg mendpt manfaatnya...

    ReplyDelete
  3. wah...bagus info ni...aq xpenah tau pun..hehe...

    ReplyDelete
  4. terima kasih.. :) atas ilmu baru.

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku