5.6.09

Microsoft Excel 2003 dan 2007 - memang tak sama...

Terima kasih kepada Mohamad Taqiuddin Anuar kerana bertanya.

Kali ni, kita akan lihat bagaimana untuk menentukan paksi terhadap satu-satu jaringan data. Untuk tujuan demonstrasi, saya menggunakan scatter plot.

Bahan-bahannya:

1) Komputer dengan perisian Microsoft Excel (Kali ini saya menggunakan kedua-dua versi; 2003 dan 2007)
2) Data (nak buat sendiri boleh, nak ambil orang lain punya pun boleh)

Cara-caranya:

Setelah anda selesai memasukkan chart ke dalam spreadsheet anda, jika anda tidak berpuas hati dengan allocation data untuk x-axis dan y-axis, sila ikuti langkah-langkah berikut.

1) Excel 2003

a) Right click pada chart anda, dan pilih source data.
b) Di tab "series", anda akan lihat beberapa kotak. Kita tidak akan fokus kepada kotak series yang besar tu.
c) Lihat pada kotak name. Kotak ini tujuannya untuk meletakkan label pada plot kita.
x-values dan y-values adalah tempat di mana kita meletakkan range data untuk setiap paksi graf.
d) Untuk memasukkan nilai pada kotak-kotak ini, anda boleh menaip terus ke dalam kotak tersebut, atau anda boleh click pada kotak kecil di sebelahnya. Ini akan enable data untuk
di'highlight' pada spreadsheet.
e) Siap? tekan ok.

2) Excel 2007

a) Right click pada chart anda, dan pilih select data.
b) Anda akan melihat satu dialog box yang mempunyai beberapa entry boxes. Chart Data Range digunakan untuk chart mengenali data range yang diperlukan untuk plot. Legend Entries (Series) digunakan untuk letakkan nilai pada y-axis, nak guna untuk multiplot juga lebih mudah dengan cara ini. Horizontal (Category Axis) Labels adalah untuk nilai pada x-axis.
c) Apa yang menarik tentang chart plotting dalam excel 2007 adalah kita boleh swap 2 nilai yang berada pada kedua-dua kotak. Hanya perlu tekan switch row/column untuk swap nilai.
d) Pada Legend Entries (Series), terdapat butang Add, Edit, Remove dan arrow atas/bawah. Jika mahu menambah graf, cuma tekan Add dan akan keluar dialog box seperti pada excel 2000/2003.
e) Anda boleh explore sendiri button-button ini, kerana kebanyakannya self explanatory.
f) Setelah siap, boleh tekan OK.

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku