1.6.09

Roti?



Apa ni? Macam gunung nak runtuh je?

Ha, ni la roti tisu. Roti ni dicanai senipis mungkin. Bahagian dalamnya ada gula pasir. Roti ni sangat nipis dan agak keras (mungkin sebab gula). Tapi sedap. Lagipun, roti ini dibentuk seakan-akan tisu pengelap muka. Lihat betapa besarnya roti ni. Taqi yang kat belakang gambar roti ni pun boleh terlindung.

Kami makan di NZ Wangsa Maju Sabtu malam lepas. Pada mulanya tersesat jalan dan hampir putus asa untuk mencari tempat ni, tapi dengan kuasa Allah, waktu cari jalan balik selepas tersesat, terjumpa tempatnya. So Taqi belanjalah makan roti ni...

Nak dijadikan cerita, saya terjumpa kawan kesayangan saya masa sekolah rendah dulu. Nama dia Jazuly. Dah 8 tahun kami tak berjumpa. Sempat jumpa sekejap masa short sem lepas. Perjumpaan kali ni memang tak disangka-sangka, sebab dapat perkenalkan kawan kesayangan baru dengan yang lama. Sempat lagi wish my birthday in advance. Seronok dapat jumpa kembali orang kesayangan... I wonder if I can have these moments again...

5 comments:

  1. beso punye roti tisu, kalo tiup angin sure terbang tu!nmpk sedap la...huhu

    ReplyDelete
  2. besar, kalau sorang makan memang susah nak habis. masa gambar ni diambil, roti tu dah jatuh, diangkat semula...

    pergilah NZ wangsa maju kalau nak dapat roti sedap mcm ni...

    ReplyDelete
  3. haha...
    pastu kak af soh aizuddin blanja...

    :P

    ReplyDelete
  4. cuppp cupp...wei..sy pun nak gak la..hehe..

    ReplyDelete
  5. haha... kalau jumpa jalan die bolehla blanje

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku