6.7.09

Hari ke-50

Minggu terakhir, tapi masih dapat pengalaman baru. Minggu ni kena berulang dari rumah di batu caves. Sangat mencabar, sebab kena hadapi traffic jam di jalan kuching. Esok nak guna lebuhraya DUKE la.

Jumaat lepas kerja setengah hari saja, so tambah item sikit-sikit kat report tu. Petang tu teman Taqi hantar motor diakat Jalan Peel. Jalan Peel tu belakang Jalan Cochrane, so memang ingat sikit-sikit lah... Pernah duduk Jalan Cochrane tu masa darjah 5 (1997). Jaya Jusco kat situ masih ada lagi. Memang hebat boleh bertahan sampai sekarang. Pas hantar moto dia, hantar pula orangnya balik ofis. Since ada lagi 1/2 jam before dia habis kerja, saya ajak dia pergi rumah Sg. Besi, jumpa kawan-kawan buat kali terakhir sebelum cuti. Dia setuju, jadi saya tunggu dia di medan selera yang berdekatan. Mula-mula ingat nak tengok cerita, rupa-rupanya kat KL ada wireless@KL, service wireless internet di mana jua anda berada di sekitar KL. Free service, cuma perlu sign in dan berikan no. telefon bimbit untuk wireless@KL menghantarkan kod pengesahan sebelum kita dapat mula menggunakan service ni. Very convenient untuk mereka yang tinggal di kawasan KL. Tak yah beli Streamyx. Tapi download slow lah, browsing best.

Hari ni ada seminar jam 10 nanti, so kena jadi M.C. Wish me luck!

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku