7.7.09

Hari ke-51

Semalam ada seminar tentang probability. Secara generalnya, pembentangan semalam adalah lebih kepada matematik dan enginerring. Oklah tu, since saya pun faham model matematik dia saja. Rasa macam belajar AA balik semula, sebab dia guna set.

Pagi tadi tercapai hasrat menumpangkan Faizal. Maklumlah, dia di antara senior yang paling saya senangi, kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Dah jadi roommate 2 tahun, mana tak rapatnya...

Tadi tersalah tukar resolusi komputer, habis monitor tak menyala. Lepas tukar dengan monitor beresolusi tinggi, baru menyala semula,. so saya tukar semula resolusi supaya dapat gunakan monitor sebelum ni...

Hari ni nak mula buat presentation. Nak sambung report tak boleh, sebab laptop ada kat HP sevice centre... Huu, tak dapat nak buat kerja...

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku