12.7.09

Kembali ke Kuang Tang!!!

Jumaat lepas, banyak benda dapat diselesaikan. Pergi hantar semula kad pekerja sementara, ambil laporan kedatangan (bukan punch card), beri cenderahati kepada jabatan, emm... berikan fail-fail yang berkenaan semasa industrial training, dan memulangkan kunci mangga dan pintu dan kad kunci...

Ingat boleh balik sebelum pukul 5, tapi tertinggal thumbdrive kat komputer, tak pasal-pasal kena patah balik. Jalan jem di batu caves. Menyesal tak lalu sri gombak. Gerak hati pertama saya adalah benar, tapi selepas saya mula mempersoalkan relevennya gerak hati itu dan membuat pilihan baru, pilihan baru itu selalunya kurang tepat natijahnya.

Sekian saja laporan latihan industri saya. Hari ni dah sampai kuantan...

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku