10.7.09

Last day of Industrial Training

Semalam, ada banyak event berlangsung.

11.00 pagi : preparation untuk kenduri doa selamat

Saya dan Pak Sabri pergi mengambil tempahan dari restoran Anje berdekatan dengan Petronas (jalan nak keluar dari UKM). Selepas itu saya pergi ke rumah Pak Syifaul untuk ambil tikar. Baru saya tahu yang UKM betul-betul bersebelahan dengan stesen KTM Komuter Bangi. Patutlah bila hari Jumaat selalu nampak pelajar-pelajar Al-Amin Bangi datang solat di UKM.

12.00 tengah hari : kenduri bermula

Kak Farah suruh saya buat skrip M.C untuknya. Haha, kelam kabut, yelah, dalam bahasa Inggeris. Lepas tu saya pergi letak umur Prof. tahun ni. Bocor rahsia. Kenduri ni dihadiri oleh Prof. Kamal dan Prof. Nik. Pada kenduri ni saya telah diamanahkan untuk menyerahkan sampul berisi wang kepada Dr. Salihi, lepas tu dapat makan sedap, nasi beriani gam johor lauk ayam kampung masak sambal. Yum!

zohor : solat berjamaah

Kami solat berjamaah berimamkan Prof. Kamal. Lepas solat, saya tumpang komputer kak Farah untuk ambil snapshot program yang saya bina, untuk dimasukkan ke dalam presentation. Kak Farah suggest saya bikin satu kertas kerja mengenai program yang saya bina tu. Dia kata since saya buat program tu memang dari zero, jadi saya patut buat paper tu. Dia suruh saya tanya Dr. Salihi pasal nak buat kertas kerja tu.

5.00 petang : Presentation

Saya present depan Prof. dalam Bahasa Melayu sebab malas nak cakap dalam English. Bila present baru sedar yang saya ada terlalu banyak slaid. Prof. ada berpesan-pesan mengenai projek ni. Beliau suruh saya present macam saya promote barang, sebab program ni wujud dan boleh diperolehi. Lepas presentation, saya terus bagi hadiah kepada kak Farah, Pak Syifaul dan Prof. Saya dapat cenderamata untuk dibawa pulang ke Kuantan dan dihadiahkan kepada CTS.

6.00 : Balik

Jalan jammed. Kelewatan sejam saja boleh membuatkan saya lewat sejam setengah tiba di rumah. Beginilah lumrah hidup di KL.

Hari ini saya mahu pergi jumpa HoD di jabatan, serahkan kad pekerja sementara dan ambil attendance saya dari bahagian komputer. PEtang ni sebelum balik, nak serahkan kunci dan kad pintu kepada kak Farah. Seronok praktikal di sini.

2 comments:

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku