5.9.09

Ibadah Khusus: Technical vs Philosophical

Suatu malam semasa balik dari berbuka, ada sedikit perbualan tentang tarawih yang berlaku antara saya dan teman berbuka. Dari kata-katanya, saya dapat simpulkan bahawa dia melihat perkara-perkara sunnah dan mubah hanya sekadar "kalau buat, dapat pahala, tak buat tak dapat dosa". Saya tidaklah berkata apa-apa, kerana saya tidak mahu mengeluarkan hujah tanpa berfikir semasak-masaknya apa yang saya katakan. Maklumlah, mulut laser...

Walaupun sekadar perbincangan mengenai solat tarawih, saya dapat generalkan konsep perbualan tersebut ke skala yang agak besar, ibadah khusus. Saya berani berbuat sebegini kerana saya sudah lama mengenali dia dan ideologinya...

Bukanlah salah menilai ibadah khusus dari segi teknikal, dari segi falsafahnya, ibadah tu menunjukkan yang kita membalas rahim yang Allah beri pada kita... Biasalah kalau jadi malas nak melakukan ibadah khusus yang tarafnya bukan wajib mahupun sunat muakkad, sebab saya pun macam tu. Tapi bila mendengarkan buah fikiran teman saya itu, saya menyedari bahawa somehow dia hanya menitik beratkan aspek teknikal ibadah. Ada kemungkinan dia belum lagi menyedari intipati sebenar ibadah itu...

Saya rasa Allah nak menunjukkan sesuatu kepada saya malam itu...

3 comments:

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku