6.11.09

Gumbira

Sangat gUmbira!!!!

Kadang-kadang, kita boleh tertipu dengan kegUmbiraan ini.... Maklumlah, di sebalik kegUmbiraan, terselit bibit-bibit kesayuan dan ratapan hati yang berada dalam kesedihan...

Apa benar kita ketahuan andai seseorang itu benar-benar gUmbira, atau cuma sekadar lakonan?

Tidak, masakan kita tahu apa dalam hati ciptaan Ilahi benama insani ini. Namu begitu, kita mampu menafsir kerana kita telah dikurniakan akal untuk pelbagai kegunaan...

Kita boleh gUmbira hanya cukup sekadar mengetahui, biarpun manusia di sekitar kita tidak mampu menggUmbirakan kita, tapi pasti tidak akan goyah kegUmbiraan kita, kerana kita tahu dan yakin bahawa Dia menanti kehadiran kita kepada-Nya...

Itulah yang aku sering lupa hingga perlu berlakon gUmbira... saat taipan ini dititip, terasa amat bahagia sekalipun bercucuran air mata... Bercucuran kerana kehilangan, gUmbira akan ketibaan, sayu akan keputusan, redho atas segala ketentuan...

Sebak rasa dalam hati bila mengenangkan kegUmbiraan yang pernah dikecapi bersama teman-teman yang kini telah menjauhkan diri, namun lega datang jua bila mengenang teman yang tak akan bersilih ganti...

Teman, daku kini mengerti bagaimana tidak sekalipun kau beralah dengan perubahan dunia yang tidak tentu arus alirannya. Biarlah kenangan kita menjadi mimpi buruk dalam dunia yang penuh resolusi yang tidak dapat diresolusikan...

Saat taipan ini dititip, gUmbira menjadi dukHa, sebagai tanda titipan ini harus berakhir. Terima kasih Tuhan memberi aku gUmbira dan dukHa...

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku