7.1.10

Misunderstanding

Aku tak faham
sungguh tak faham
kefahaman yang ku cuba untuk memahaminya
tidak dapat aku fahami
walau ku cuba untuk memahamkannya
dari fahaman-fahaman yang sedia ada
masih aku tidak dapat memahami
walau sekecil kefahaman
kerana pemahaman itu
bukan untukku fahaminya

Lantas aku berhenti memahami
apa yang ingin aku fahami
kerana sia-sia jika cuba untuk memahami
apa yang tidak seharusnya difahami
Lantas aku berhenti dari terus memahami

Andai suatu hari nanti
Aku dapat memahaminya
akan ku cuba
untuk memberi kefahaman itu
kepada mereka
yang masih belum memahami
akan erti pemahaman sejati

-Deen Aly-

3 comments:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  2. sungguh puitis dan kreatif~ hehe

    ikhlas dr visitor setia anda (^_^)v

    ReplyDelete
  3. bajet2 nak jadikan tongue twister, tapi jadi lelucon pulak...

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku