16.2.10

Jangan Menyesal, Takdir Telah Tertulis

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda perlu membuat satu pilihan, dan apabila pilihan telah dibuat, ternyata ia membawa kepada kesudahan yang tidak baik kepada diri anda?

Adakah pada masa itu anda menyesal? Adakah anda mengatakan "kalaulah..."?

Jika ada, anda adalah pesakit sindrom menyesal. Kenapa? Kerana secara tidak sedar, anda telah cuba untuk menyalahkan takdir kerana tidak berpihak kepada diri anda. Soalnya sekarang, bagaimana anda tahu itu adalah takdir?

Begini. Sekiranya anda telah melalui suatu pengalaman, itulah takdir buat anda.Sebagai mana kita tidak mengenal masa hadapan, begitu jugalah kita tidak mengenal takdir.

Pernah dengar bukan orang yang hanya bergantung kepada nasib semata-mata? Mereka ini telah menyalaherti makna takdir itu. Memang telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz bahawa hidup, mati dan segala perbuatan kita telah pun ditulis. Namun begitu, Allah memberi kita kebolehan untuk memilih dan berasional. Bermakna, takdir itu kemungkinannya bercabang, dan memandangkan kita tidak akan selamanya mengetahui masa depan, kecuali yang telah diwahyu Allah di dalam Al-Quran, kita tidak akan dapat mengetahui takdir kita.

Jadi, adakah patut kita menyesal jika takdir tidak menyebelahi kita? Lihat tajuk di atas, apa katanya? Jangan menyesal, takdir telah tertulis. Kita harus yakin bahawa Allah akan memberi kita kebaikan atas setiap kesusahan yang kita hadapi. Jika kita boleh bersyukur bila Allah memberikan kegembiraan buat kita, haruslah kita bersabar jika satu halangan meninmpa kita, kerana setiap halangan adalah kenikmatan.

Pendek kata, semua yang kita lakukan telah tertulis. Tindakan dan pilihan kita juga berkemungkinan telah tertulis. Kata seorang pensyarah saya, kita mungkin dilihat Allah seperti kita menonton cerita, boleh fast forward dan rewind.

Sekali lagi, Jangan menyesal, takdir telah tertulis. dan saya tambah, sentiasalah kita cuba memilih perjalanan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya, kerana kita tidak tahu sama ada tindakan kita telah tertulis atau tidak.

Skrip Lepas (P.S.): Ini adalah pendapat semata-mata, boleh dihujah, boleh dibangkang, terpulang kepada persepsi pembaca. Bagi penulis, mengetahui hakikat ini sudah cukup untuk dia tidak menyesali apa yang telah terjadi kepada dirinya, kerana penulis boleh bangkit dan membetulkan apa yang tersilap, selagi takdir menulis kesilapan itu boleh dibetulkan..

5 comments:

  1. tak sangka ada orang yang setuju... trimas...

    ReplyDelete
  2. deen, sepanjang hayat ada baik buruk kesan pilihan.

    saya dah banyak belajar tentang hal ini. kita selalu rasa happy bila kita berjaya. rasa Tuhan telah menulis perkara2 baik2 dalam hidup.

    tapi bila terjadi perkara buruk, rasa Tuhan juga tidak berpihak pada kita.

    SEBENARNYA, baik atau buruk sepanjang hayat itu bukan satu perkara yang patut dihappykan atau disedihkan. tetapi, perkara yang hendah disyukurkan. syukur kerana bukan satu titik noktah kehidupan.

    jadi berusahalah untuk husnul qatimah.

    ada satu hadith yang nak kongsi;

    check hadith no 4, dari Hadis 40

    ReplyDelete
  3. Darus: Terima kasih atas komen. Benar, setiap pilihan ada kesan langsung dan tak langsung. Selagi kita tidak tahu masa depan, kita bebas untuk memilih. Apa saja pilihan sebenarnya telah ditetapkan, kerana itulah kita harus bersyukur atas segala pilihan yang kita buat, baik atau buruk. Betul?

    I totally forgot the order of arranement of Hadis of Imam Nawawi's Matan Arba'in... Teruknya saya... Well, Here's the Hadis about:

    Setiap manusia, apabila berada di dalam kandungan ibunya, akan ditulis 4 perkara ke atasnya; rezeki, ajal, amalan, sedih dan gembiranya...

    ReplyDelete
  4. betul tue..kte kene ikhlas menerima dan muhasabah diri semula...yang pasal buku langit ilahi tue...actually agak susah nak jmoe buku nie...tp leh ctc gelari ilmu kot if nak gune sangat...or web www.galeriilmu.com.my 03-61421614

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku