30.3.10

The UNforgettable memories of yesterday...

Sungguh tak sangka!!!

Sebuah drama dalam pentas dunia ini telah dilakonkankan oleh saudara-saudara saya sendiri...

Pelakon-pelakon:

Saifulazman  sbg Abg Man
Saifullah Ariff sbg Sam
Dzaqqee sbg Z
Zulhilmi sbg Bubble
Hazman sbg Jeme

Dan...
Saya sbg saya sendiri

Pelakon Tammbahan: Aminah sbg Amy

Jalan cerita:

Lepas Usrah, kami bercadang pergi ke KFC Tanjung Lumpur. Semasa di KOM, tiba-tiba Abg Man menyuruh saya bertukar kereta. Tanpa banyak bicara, saya menurut saja. Jadi saya bergerak bersama Z, Bubble dan Sam dlm kereta Sam. Sesambil menunggu Bubble mengambil wangnya, saya telefon Abg Man untuk minta dia belikan tiket, kerana saya perlu cash in duit ke akaun Amy untuk dia gunakan membayar harga tesis saya.

Diendekkan cerita, sesudah saya menyelesaikan semua urusan kewangan, kami terus ke KFC kerana Abg Man telah membelikan saya tiket pulang pada hari Rabu. Sesampainya kami di sana, saya dan Zul membeli makanan. Saya order Family Feast Combo set B yang ada 15 ketul ayam dan Cheesy Wedges 2 kotak supaya kami puas makan. Saya telah mendapat hadiah percuma yang selalunya disediakan untuk sesiapa yang membeli Combo ini, tapi saya dapat bukan 1, tapi 3. Untung!!! Sesudah itu kami menunggu Abg Man dan Jeme tiba, dan kami berbual-bual kosong... (Padahal bual kosong itu tiada faedahnya). Agak lama barulah Abg Man dan Jeme tiba. Maka bermulalah episod makan di KFC.

Setelah habis dan masing-masing kekenyangan, maka kami berbual-bual untuk menghilangkan senak perut... Tiba-tiba Bubble berkata, "Eh, ada Crocs la." saya tak berapa dengar ayat lain sebab time tu ramai orang lalu lalang. Saya agak tertanya-tanya dari mana datangnya Crocs tu. Jadi saya bertanya kepada yang lain. Semuanya membuat muka yang sama; kehairanan. Jadi saya berkata kepada Bubble, "Kalau ana jumpa crocs tu, ana takkan amik, haram." Lepas tu saya pergi basuh tangan. Bila saya balik, Hazman memegang Crocs tu dan menyuruh saya mencubanya... Saya terpinga-pinga, tapi bagai orang dipukau, saya menurut saja. Bila saya pakai, Abg Man memberitahu bahawa Crocs tu untuk saya sebenarnya. Maka bertambahlah kepinga-pingaan saya kerana berasa aneh bila mereka pergi membeli kasut itu.

Setelah kami keluar dari KFC, barulah rahsia terbongkar. Tujuan Abg Man menyuruh saya bertukar kereeta adalah kerana dia dan Jeme pergi membeli Crocs itu. Mereka tidak punya ide bagaimana untuk memberikannya kepada saya, dan memberitahu Z dan Sam akan kejutan itu. Sepatutnya mereka tiba lebih awal dari saya, dan setkan di mana saya akan duduk, tapi oleh kerana mereka terlambat, maka plan ad hoc mereka tak jadi. Apabila Bubble mengangkat Crocs tu dari bawah meja, mereka marah sama dia, kerana sudah meng'spoil'kan kejutan untuk saya. Tapi memandangkan saya dengan innocentnya mengutarakan ayat yang saya telah katakan, mereka berasa sedikit lega, kerana mereka sudah tahu yang saya tidak menyedari apa-apa. Kesian Bubble kena marah mereka.

Jadi semasa di kereta, saya bertanya hal sebenar, dan inilah yang terhasil dalam post kali ni. Saya sangat seronok menerima kejutan seperti ini, kerana sejak kecil, hanya beberapa kali kejutan seperti ini hadir dalam hidup saya. Saya sangat terharu kerana setiap kali saya berpisah dengan ahli usrah saya, pasti akan ada kejutan seperti ini.

Terima kasih akan hadiah ini. Korang memang best!!!!


Inilah rupa crocs itu... Cantikkan?

5 comments:

  1. xde ke sertakn skali gmba crocs tu..? huhu..

    ReplyDelete
  2. Kejutan yg menjadi.. Bila nak dpt kejutan mcm tu???
    Abg Man

    ReplyDelete
  3. farah: ada, tapi x amik lagi gambanya, nanti ana insert

    abg man: hari tu dah terkejut... sampai skrg masih tak percaya...

    ReplyDelete
  4. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku