17.6.10

Warkah Dari Bonda

Bunyi macam syahdu je kan? Haha... Email ni berkenaan kerja kosong sebagai pembanci.

Subject: Jawatan Penyelia dan Pembanci _Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Tuan/Puan,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia masih menghadapi kekurangan anggota dan memerlukan seramai 26,000 penyelia dan pembanci untuk melaksanakan Pembancian Penduduk Tahun 2010. Oleh itu Jabatan Perangkaan Malaysia mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat untuk mengisi jawatan penyelia dan pembanci secara sambilan khususnya untuk kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman wab Jabatan Perangkaan iaitu www.statistics.gov.my atau di pejabat-pejabat perangkaan di seluruh Negara.

Sila uar-uarkan maklumat ini kepada rakan di pejabat, rakan di luar pejabat, ahli keluarga dan sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan2 yang tersebut di atas.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

1 comment:

  1. Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku