8.11.10

Pengajaran Mikro = Microteaching

Assalamualaikum para pembaca. Ini adalah bingkisan perjalanan microteaching di MRSM Alor Gajah

5.30 pagi

Ummi kejut, tanya "dah gosok baju ke belum?". Maka bingkas bangunlah saya, tapi mata masih terpejam, masih mengantuk kerana tidur lewat menyiapkan slide (kawan-kawan FYP pasti tahu slide macam mana yang saya hasilkan). Maka saya membacalah doa

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepadaNya aku kembali"

Terus mata tak mengantuk. Subhanallah! Teruslah beritahu Ummi baju tak gosok lagi. Bersiaplah saya untuk mandi sementara Ummi mengeluarkan iron board untuk saya iron baju di luar bilik tidur. Selepas mandi, saya call Suhaila, takut-takut dia belum bangun. Alhamdulillah, dia juga sudah bangun. Setelah siap menggosok dan memakai baju, saya pun solat Subuh.

6.15 pagi

Dah ready nak pergi dah, siap cium tangan Ummi dan Bapak, lepas tu patah balik sebab terlupa untuk 'print' peta ke MRSM Alor Gajah. Selepas print (2 muka saja, sebab yang lain tu jalan dari KL je semua), Ummi ketawa tengok peta tu, sebab cuma ada instruction dan peta kecil yang tak lengkap. Maka kelam kabutlah pasang broadband dan buka internet, dan consultlah saya dengan syeikh Joojle (Ust kat ADNI yang panggil macam nih) dan jumpalah peta. Tanpa berfikir panjang, saya terus print. Selepas print, baru sedar yang saya print tu peta nak pergi MRSM Gemencheh... Adoi!!!!

6.30 pagi

Tak keluar rumah lagi ni. Bergegaslah saya keluar. Pengilap kasut saya angkut sekali sebab tak sempat nak gilap. Maka perjalanan pun dimulakan. Destinasi pertama? Rumah kawan di Belakang Giant Batu Caves. Nama tak ingat, saya tau orang lain panggil dia Yo. Kawan saya Suhaila tunggu saya di situ. Selepas ambil Suhaila ni, barulah perjalanan sebenar dimulakan. Saya pandu, Suhaila jadi 'mem' kat belakang, sebab saya hanya benarkan mahram dan isteri saja duduk di sebelah.

7.00 pagi

Tersangkut di beberapa tempat. Dari Batu Caves menghala ke Jalan Kuching sampai area on-ramp ke DUKE yang menghala ke NKVE baru lega. Then kat  Jalan Istana Negara (biasalah jam kat situ). Lepas tol Sungai Besi barulah perjalanan lancar, tapi time tu dah pukul 7.30 pagi. Maka speed up lah saya sampai 150 km/h, tapi lepas tu slow down balik sebab ternampak amaran kamera perangkap laju, kang tak pasal-pasal terbang lagi RM300, abes gaji. Sepanjang perjalanan, kami berbual (saya suka berbual dengan orang perempuan, ada je cerita) sehingga terlupa nak tengok signboard. Risau juga kalau terlepas. Suhaila siap telefon Muiz (Muiz tu junior CTS kat UIA tu) tanya direction, maklumlah, orang Melaka. Jadi di exit Simpang Ampat/Alor Gajah, kami pun masuk.

8.10 pagi

Lepas tol (Tol dalam RM13. 20, rasanyalah), konon nak tengoklah peta yang dibawa. Cari roundabout tak jumpa. Mana nak jumpa, kami tak lalu pun roundabout tu, sebab dah disediakan jalan belok kiri. Lepas tu tawakkaltu 'alallah, redah jela. Syukur ada signboard MRSM, jadi ikut sajalah signboardnya. Sambil-sambil menyusuri jalan kampung di Melaka tu, memuji-mujilah keindahan dan kedamaian suasana kampung yang takkan dapat dinikmati oleh orang metropolitan KL seperti saya ni. Sungguh asyik dengan keindahan. Bila nak dekat dengan MRSM, tampak satu kawasan bangunan besar, macam MRSM. Saya takut silap bangunan, jadi saya perlahankan kereta untuk kami jengah tanda nama batu depat institut tersebut. Nampak saja perkataan Maktab, terus belok, tak bagi signal dah.

8.30 pagi

Tak tahu mana nak lapor diri, jadi kami round sekejap tengok kawasan MRSM tu. Maklumlah, baru pertama kali masuk MRSM. Lepas pusing satu MRSM nampaklah satu parking area yang besar. Maka parkinglah kami di situ. Tup tup nampak pula Aishah baru sampai dengan ayahnya (kot). Maka kami bertiga masuklah ke kawasan pentadbiran MRSM. Jumpa pula dengan Sarah dan Aminah. Tak lama selepas tu, Alia sampai dari Johor. Cukuplah group dari UIA untuk hari ni. Masa daftar saya ada nampak nama Khalilah, tapi kawan-kawan lain kata dia tak dapat datang.

Perhatian! Mula-mula kami masuk dalam pejabat untuk daftar nama, akan diberi kod bilik dan nombor giliran. Lepas tu ada list lain pula untuk giliran pengajaran, maka pada saat itu berlumba-lumbalah untuk dapat giliran terawal, kalau tak mahu end up macam kami.

9.00 pagi

Tak mula lagi pun, 9.15 baru mula. Ingatkan 15 minit saja, rupa-rupanya hampir 30 minit seorang. Calculation larilah, ingat boleh habis by 12 p.m. Jadi untuk tidak membazirkan masa, kami pun berbual-bual, update kerja masing-masing. Amy dapat bilik A, Aishah dapat bilik C, yang lain dapat bilik B. Lama kami tunggu giliran. Sedang menunggu, kami dikejutkan dengan satu pertanyaan.

"Ada bawak salinan sijil tak? Resume?" Mana nak cari tu semua, kalau diberitahu online, pasti kami akan prepare.

Dalam 10.30 Amy habis, dan join perbualan, sebab dia datang dengan Sarah, dan giliran Sarah lambat lagi. Sejam kemudian Aishah pula habis dan meminta diri untuk pulang. Tak sempat borak, sebab ayah dia dah tunggu dalam kereta.

12.00 tghari

Baru nombor 7? Adui, penat menunggu. ayat dah habis, perut dah lapar. Masa awal pagi tadi sempat mengunyah kurma, kismis dan buah tin bekalan Ummi bersama kawan-kawan. Dalam pukul 1 ptg, tiba giliran Sarah. Tak lama, dalam 25 minit dia keluar. Dia menghabiskan masa 15 minit tepat untuk pengajaran. Jadi minta dia cerita. Wah, panel impressed sangat dengan teaching dia, sampai disuruh tinggalkan nama pada pegawai untuk direcommend masuk mengajar di MRSM Alor Gajah tu. Lepas tu kami diminta break sampai jam 2 petang. Pergilah kami makan. Alia ikut sekali kerana bapanya menghilang. Mula-mula pergi keluar, konon nak cari makanan di luar MRSM. Separuh perjalanan tak ketemu dengan gerai makan. Kedai kopi orang main dam macam dalam TV tu adalah. Jadi patah balik ke MRSM. Parking dekat dengan kantin. BAMM!!! Bumper kereta berlaga dengan kaki lima jalan. Terkeluarlah sedikit bumper depan tu dari posisi. Adui... Habislah kena marah ayah nanti.

Makan? Nasi lauk ayam dan sayur bendi. Minum? Teh ais. Harga? RM4.50. Huhu, kalau dapat kerja di MRSM, memang puasalah jawabnya. Lepas makan terus kembali ke tempat microteaching. Jama' Ta'khir lah kat RNR Seremban nanti.

2.30 petang

Baru nak mula. Suhaila giliran kedua lepas 2.30 tu. Saya dah mula resah sebab lepas ni giliran saya. Weird, no matter how prepared I am, mesti nervous sampai lemah satu badan. Giliran saya tiba. Saya masuk dan melihat panel penilai. Eh, 2 orang je? Lagi seorang tiada. Maka adalah baki lesson plan yang saya prepare tu. Bermulalah pengajaran saya.

Beri salam, tanya khabar. Lepas tu pretend macam dah belajar topik tu pada minggu lepas, jadi buat revision. Lepas tu sambung dengan method lain. Saya ajar topik integer, dan guna teknik counting, bukan number line. Malangnya saya tak dapat respons yang sama macam Sarah. Respons yang sentiasa saya dapat bila tanya "Any question?" adalah mereka faham semua, jadi tak perlu soalan. Jadi apa yang dalam fikiran saya time tu macam selalulah, sama ada topik yang saya persembahkan tu amat mudah, atau apa yang saya explain mudah difahami. Wallahu A'lam.

Selepas itu ada sedikit sesi komentar. Yang lucunya bila salah seorang panel tu tanya. "Ada reflection ni nak jadi Ustaz ke?". Lepas tu sorang lagi kata "You have talent to become a teacher". Eh, dah macam reality show pulak. Haha... Saya ditanya banyak soalan lepas mengajar tu, seperti "Sanggup ke nak mengajar di MRSM?", "Sekarang ni buat apa?" dan banyak lagi (sorry, dah tak ingat). Ditanya lagi "Apa good quality yang awak ada untuk saya tulis dalam borang ni?" Mak aih, susah nak jawab, jadi jawablah 2 kualiti yang hanya digunakan ketika mengajar. Suara lantang, dan tidak statik. Okeyla kot.

3.15 petang

Siap! dah boleh balik. Kami say goodbye to Alia. Masuk kereta, start enjin, keluar MRSM, patah balik! Rupanya terbawa pulang evaluation form. Syukur teringat semasa baru keluar dari MRSM. Lepas tu baru pulang. Ada kemalangan di tengah jalan, tapi tidak melibatkan nyawa. Lori bawa kayu terbalik dan kayu-kayu yang telah dipotong menghempap besi divider jalan. Maka sesaklah jalan menuju ke Selatan. panjang pulak tu. Lepas tu kat Area Senawang, hujan lebat, visibility almost zero. Berhenti di RNR Seremban untuk jama' ta'khir. Lapar, jadi pekena nasi goreng dulu, sebab Suhaila lambat lagi habis solat. Pastu Suhaila pun makan sekali (duduk tidak berdepan, tidak bersebelah, jadi masih boleh menjaga batasan, syukur)

6.00 petang

Sampai di Arkib Negara, dah janji dengan Ummi nak ambil lampu chandelier. Since Arkib sampai dulu, maka dibawalah sekali Suhaila. Suhaila telefon pula rakannya yang kerja di situ, siap jumpa Ummi dan Bapak lagi. Ahaha, jangan jadi gosip terbaru di Arkib tu sudahlah. Tiada yang menarik dalam perjalanan pulang, dan saya selamat sampai ke rumah selepas azan Maghrib berkumandang.

HABIS!!!!!!! Fuh, penatnya menaip... :)

3 comments:

  1. kalau tak kerana ada yang mahu tahu selok belok microteaching (yela, kami kan first day), pasti takkan kite post blog nih...

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku