23.11.10

Tiada Idea

Kutatap skrin berulang kali
Jemari pantas menaip bait-bait seakan puitis
Namun akhirnya, punat itu kutekan
Batal semuanya

Aduh! Mengapa ini?
Aduh! Apa sudah jadi?
Aduh! Aduh! Aduh!
Kumengeluh

Kuhilang idea
Kuhilang kata
Kuhilang rasa
Untuk menitip taipan bermakna
Buat yang setia membaca

Doa! Doa! Doa! Pada yang Satu
Beriku ilham, beriku inspirasi
Curahkan kepadaku, untukku terus menaip
Bingkisan dari hati yang tulus
Untuk tatapan juga titipan
Buat yang tiada idea...

7 comments:

  1. Salam ya akhi, kalau perlu idea ana ada satu cara.......

    ReplyDelete
  2. haha, jenuh gak nk dpt nih... brp kali asyik backspace jer.. nasib baik poem melayu, kalo english, nk kne pk rhyme lagi...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, kurniakanlah ilham dan cetusan idea untuk penulis ini agar dapat ia berkongsi ilmuMu sebagai medan dakwah dan memberi manfaat kepada pembacanya. Bukakanlah pintu rahmatMu dan terangilah hatinya dengan ketenangan..

    Amiiin, Ya Rabb..

    p/s: jangan putus asa, teruskan menulis ya..
    moga penulis dapat nukilkan sajak yg dapat menyentuh perasaan dan terkesan dihati para pembaca..insyaAllah!

    Semoga Berjaya (^_^)

    ReplyDelete
  4. oh, ramai juga yang membaca postku ini... makin bertambah keseronokan berpuisi setelah mengatahui perihal ini...

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku