27.12.10

Interview Guru/Pensyarah MARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, tanggal 27 Disember 2010, merupakan hari bersejarah kerana pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke Bangunan MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bersendiri.

Proses temuduga tidaklah sepintas yang disangka. Saya dijadualkan memulakan temuduga pada jam 11.15 pagi, namun saya akhirnya ditemuduga pada jam 1.30 petang.

Untuk teman-teman yang bakal ditemuduga esok, ini aturan perjalanan temuduga

1. Sila ke kaunter MARA di tingkat G untuk mengambil pas pelawat sebelum naik ke menara. Anda akan diminta mengemukakan IC / lesen memandu untuk ditukarkan dengan pas pelawat

2. Anda akan diminta mengisi borang permohonan. Yang dalam website tu hanyalah muka depan, jadi siapa yang dah isi, tak perlu isi sekali lagi muka depan permohonan tu.

3. Setelah mengisi, hantar semula ke kaunter untuk pemeriksaan borang. Anda harus menyertakan sekali dokumen yang telah difotokopi sebelum ini. Jangan lupa gambar. Nota: gambar tak perlu difotokopi dan disahkan

4. Tunggu giliran anda dipanggil.

Apa yang berlaku semasa saya di temuduga?

1. Sewaktu saya ditemuduga, ada 3 penemuduga, dan salah seorang akan menemuduga dalam bahasa Inggeris.

2. Soalan pertama adalah "where do you live?" kemudian pandai-pandailah kita tambah tentang diri kita, dan soalan2 akan berkisar tentang apa yang kita terangkan. Termasuk juga soalan "Ibu bapa kerja di mana?" dan "Berapa bilangan adik beradik".

3. Soalan dari panel kedua "Awak rasa kenapa MARA nak ambil awak?"

4. Soalan panel ketika berkisar tentang apa yang telah kita terangkan. Sewaktu saya ditemuduga, saya telah menyatakan minat dalam "Integration of Islamic Values and Islamisation in Mathematics", maka soalan beliau adalah "Selain daripada contoh yang Aizuddin sebutkan, ada tak lagi contoh yang lebih mendalam tentang menerapkan elemen Islkam ke dalam pendidikan matematik?"

5. Soalan ini juga ditanyakan kepada saya. "Kalau kami hantar ke Sabah/Sarawak, boleh ke?". Soalan ini ditanya kerana saya telah ditanya tentang bilangan adik beradik yang saya ada. Rodhi pula ditanya "Jika diberi pilihan , mana yang awak prefer, guru atau lecturer?"

So, basically soalan yang ditanya lebih berbentuk personal. Walau bagaimana pun, silalah baca sesuatu tentang MARA supaya anda tidak kaget untuk menjawab.

Siapa yang saya jumpa di sana? Rodhi dan J.Hamzah.

Sekian laporan ringkas. Sebarang pertanyaan sila komen di bawah.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. utk soalan 1,where do u live tu apa yg ko tambah?
    then apa kau jwb waktu dia tnya "Awak rasa kenapa MARA nak ambil awak?..die tnya BM jugaklah ek..then kene jwb dlm bm ke bi?-amy-

    ReplyDelete
  2. aizudin, bape ramai agk2nya calon yg dtg td? awk smpai kul bape? so awk td bape minit dlm tu?

    ReplyDelete
  3. amy: kite bgtau yg kite keje kt skola islam adni (sacara x sengaja), so dia tanya "dah keje jadi cikgu, kenapa nak minta MARA?"

    kalau ditanya dalam English, kite jwb English, kalo dlm BM, kite jwb BM.

    kite jwb "sy mempunyai aspirasi untuk cuba mengintegrasikan pendidikan islam ke dalam matematik, sebab dalam ilmu sains yang lain sudah boleh lihat integrasi tu, dan saya nak mulakan dengan MARA, lagipun..." panjangla jwpnnya, tp lebih kurg mcm tu la. tu yg akhirnya soalan interview berkisar tentang islamisation of math...

    k.wani: masa saya sampai td adalah dlm 10 orang. sy sampai 5 minit sebelum masa interview saya, 11.15 pg. tak pasti berapa lama dalam room tu, tapi rasa macam sekejap je, maybe around 15 minit.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Nak tanye, mcm mane nak apply jd cikgu mara? ade dateline ke? sy memang betul2 minat nak jd cikgu bahasa malaysia tp latar belakang sy Economics, boleh ke? Macam mane dgn gaji cikgu disekolah dan mara? maaf la sy teramat jahil dlm bab ini.

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku