9.12.10

Penatnya!

Semalam, 8 Disember, adalah hari yang agak memenatkan...

12.30 tgh - Bersiap nak ambil kereta. Tunggu Fadhil

1.00 ptg - Fadhil tak sampai lagi. Telefon dia, rupanya sedang minum

1.30 ptg - Fadhil sampai kat petronas depan rumah. Tersalah pakai kasut, jadi minta dia masuk dalam kawasan taman untuk tukar kasut

2.00 ptg - Sampai di bengkel di Kepong. Zul telefon. Alamak, sudah lambat. Suruh Fadhil balik rumah letak motor, pergi solat dan tunggu di Masjid Rahimah. Pergi ambil Zul di terminal, pergi UIA beli setem untuk Taqi, sambil tunggu Zul solat zohor

3.00 ptg - Keluar dari UIA dan ambil Fadhil. Bertolak ke Galeria Sri Perdana

3.30 ptg - Sampai di Galeria Sri Perdana, singgah makan di kafe di luar galeri.

4.00 ptg - Masuk melawat Galeria Sri Perdana.

5.00 ptg - Solat Asar di Masjid Wilayah. Mencuba kerusi urut di situ.

6.00 ptg - Bergerak menuju ke Shah Alam untuk ambil Taqi pergi tengok wayang sama-sama, tapi tersalah ambil jalan dan menukar plan untuk makan dahulu. Berhenti makan di Giant Batu Caves. Makan kat RasaMas. Zul tempah ayam percik, yang lain ayam berlada. Tertukar ayam semasa makan.

8.00 mlm - Selepas makan dan Solat MAghrib, bertolak ke Shah Alam. Dapat panggilan dari Taqi, tak dengar dia cakap apa, jadi ulang-ulang tanya, sampai dia menjerit dan letak telefon. rupanya dia nak beritahu ada kemalangan di lebuh ELITE area USJ. Tapi lalu jela, tak reti jalan lain selain Lebuhraya Persekutuan.

9.30 mlm - Sampai rumah Taqi nak bagi setem dan ambil dia keluar. Rupa-rupanya miscommunication di situ, sebab Taqi ingat kami datang melawat dia. Alahai Taqi.Selepas kejadian, kami tak ada hati lagi mahu tonton wayang, lalu pergi ke I-City.

10.30 mlm - Setiba di I-City, baru tahu kena bayar untuk masuk. Lama juga di dalam. Saya beli lampu plasma. Attraction yang ada cuma lampu LED yang disusun menyerupai pepohon dan haiwan, tapi memang meriah kawasan itu.

12.00 mlm - balik rumah. Hantar Zul dan Fadhil, Sampai rumah jam 1 pagi.

Perbelanjaan saya?

Minyak - RM30
Makan - RM20
Masuk I-City - RM10
Lampu plasma - RM55
Belanja Rencam - anggaran RM20
Jumlah - RM135...

Dah overspend, tapi takpelah, sebab seronok dapat keluar dengan kawan-kawan. At least taklah terperap dalam rumah menangis memanjang...

4 comments:

  1. aizuddin..nape nangis? ada masalah apa sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. az: kesunyian... pastu tgk citer yang ada unsur persaudaraan, kekeluargaan, kasih sayang, mesti tangkap leleh punya...

    ReplyDelete
  3. org lelaki jgnla cerita kt public menangis..jatuh ego kita sebagai lelaki..hehe

    ReplyDelete
  4. anon: ego tu apa? (hah, buat2 x faham). xde masalahlah nak citer pun, bukannya taboo... at least orang fikir dua kali before nak sakitkan hati saya...

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku