9.1.11

Sibuk? I like...

Seminggu balik lambat dari sekolah!

Untuk tahun 2011 ni, saya telah menerima pelbagai jawatan (bukan sebab saya menawarkan diri) dari pihak sekolah. Saya sungguh seronok sebab inilah masanya saya nak belajar macam-macam benda tentang kerja-kerja seorang guru. Nanti bila dah mulakan masters atau telah berkahwin, tak banyak masa utk memberi komitmen kepada sekolah.

Tugas guru bermula lebih awal. Kami menghadiri Teacher's Training selama 2 minggu untuk persiapan awal sebelum masuk sekolah. pada hujung minggu terakhir, saya datang ke sekolah untuk menyiapkan rangka hiasan untuk kelas saya. Tahun ni saya jadi guru kelas, satu jawatan yang saya rasa payah untuk commit kerana ketidakretian saya untuk bina bond dengan orang.

Isnin adalah hari pertama sekolah. Saya tolong my ustaz friend untuk set up lagu semasa assembly. 3 lagu je kena pasang; asmaul husna, lagu negaraku dan lagu sekolah. Habis assembly, saya memulakan tugas sebagai guru kelas bersama anak-anak kelas 2 An-Nasai untuk orientation dan hiasan kelas.

Bila habis orientation, saya kena pergi meeting dgn unit disiplin (bukan saya buat masalah disiplin!) untuk bincangkan tentang... ntah, lupa dah...

eh, lupalah detail tengah2... tapi yang pasti unit disiplin ada meeting post-mortem 3 petang berturut-turut.

Rabu dah mula kelas. Dengan kesibukan saya tu, cuma dapat ajar satu saja dari kelas-kelas yang saya ajar. Yang lain semua jadi sesi taaruf.

In the end, saya pun dah tak ingat apa yang buat saya sangat sibuk. Yang pasti, there's a lot of meetings for the week, sebab tahun ni saya jadi setiausaha co-curricular activities department, discipline & counselling unit dan guru kelas... Saya juga ada tanggungjawab di English Dept dan Mathematics Dept...

Pengajaran yg saya dapat? Jgn amik jawatan byk2, sebab xde elaun tambahan? Salah! Yang saya dapat adalah manage your time properly and you can slot in everything.

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku