3.3.11

New Beginning

Ummi kata, bila saya dah selesa berada di sesuatu tempat, saya jadi tak suka bila kena pindah tempat baru...

Betullah kot, sebab masa nak terima tawaran MARA untuk jadi guru ni pun, rasa berat je nak tinggalkan ADNI. Tapi atas sokongan ramai orang, saya terimalah juga tawaran ni.

Secara rasminya saya bertugas sebagai guru MARA adalah pada 15 Febuari 2011, sehari selepas saya meletakkan jawatan sebagai guru di ADNI iaitu 14 Febuari 2011. Hakikatnya, saya tak dapat grace period pun untuk rehat. Saya tetap seorang guru, cuma fokus pengajaran dan lokasi berubah.

Suasana di MRSM Betong ni sama saja dengan UIA Kuantan dulu; jauh dari bandar, tak ada transport, barangan dan makanan mahal. Yang membezakan adalah jarak perjalanan dari satu bandar ke satu bandar. Untuk ke Kuching akan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam. Macam KL nak pegi JB.

Guru-guru di sini rata-ratanya sebaya dengan saya. Ada yang lebih muda, dan hanya sebilangan yang jauh lebih tua. Jadi tak boleh la nak manja-manja macam di ADNI dulu. Pelajarnya pula muka sefashion saja, tapi ada Muslim, ada non-Muslim. setakat ni, nak bezakan pelajar lelaki hanyalah melalui pemakaian songkok. (Yang bukan islam rata-ratanya tak pakai songkok).

Banyak lagi nak cerita, jadi nantikanlah blogpost bersiri. Post ni pun ditulis sekadar nak update blog yang dah lama tak bersentuh.

2 comments:

  1. alhamdulillah, sini lebih tenang. ditemani pepohon menghijau... pagi2 boleh nampak kabus tebal selubungi kawasan sekolah... cuma sekarang musim hujan, jadi tak dapat cerap bintang pada waktu malam.

    ReplyDelete

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku