10.9.11

Exotic Raya Delicacies

Raya hari tu memang menarik. Salah satu sebabnya adalah kerana dua gambar di bawah ni.


Ni bukan mi bandung, namanya mi kebaya. dalam kuah ni ada rempah ratus seperti buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang (yang saya nampak masa makan lah). Rasanya enak, sedikit berangin dan manis. Kat bawah ni gerai yang buat mi tu. Mamak yang masak, kata cha' (kakak sulung mak saya), yang tukang buat ni adalah anak kepada pembuat mi kebaya yang asal. Maknanya resepi keluargalah.


Ini lagi satu makanan yang memang saya tak pernah jumpa sebelum ni.


Ketupat pulut a.k.a ketupat daun palas, ada pulut, tapi ditambah dengan pulut hitam. Maka ketupat ini dinamakan "Ketupat pulut hitam". Fuh, memang eksotik makanan raya kali ni.

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku