15.9.12

Dah besar dah diaorang ni...

10.00 pg
Bergerak ke KL Sentral ambil John, Mark, Nick dan Aneurin. Sesampainya di sana... Aik? Raymond dan Johannes pun ada? Alamak, kereta tak muat. Janji baliklah nak bawa mereka minggu depan. Janji sokmo kawe nih... Maka yang ikut hanyalah John, Mark dan Nick. Aneurin tak ikut sebab dia nak ikut yang lain balik. Sorry guys, next time.



10.30 pg
Destinasi pertama, Galeria Sri Perdana. These guys bukanlah fans of history atau biography, jadi macam seronok gitu-gitu jela kat situ.... Tapi bila sampai bilik tidur, koleksi anugerah dan hadiah, kereta dan motor. Baru nampak berminat. Tempat yang agak seram? Dapur masak, sebab ada patung gerak-gerak tengah masak. John bilang "so creepy!". Sejam je di situ.

 

12.00 tgh
Destinasi kedua? Tugu Negara. Tak rancang pun, alang-alang dah salah masuk jalan, redah je la. Barulah mereka tahu yang tugu negara tu besar. Mark kata, "selama ni saya ingat tugu negara tu kecil je, sebab dalam buku nampak kecil". Kesian budak-budak zaman sekarang. Tak lama di situ, setakat tengok patung ukiran, buat apa lama-lama... Nak ke destinasi seterusnya, tapi pegi lalu jalan jauh, padahal tempatnya sebelah je.

  


12.30 tgh
Destinasi ketiga? Planetarium Negara. Masuk dah free, tak kena bayar macam dulu. Tayangan je kne bayar. Cerita budak-budak, sebab animasi, tapi intinya untuk orang dewasa, cerita konsep pelancaran roket. Di sini lama, sebab banyak bahan pameran. Yang mereka suka? Bilik anti graviti. Taklah anti pun, cuma bilik senget, tapi kita tegak. Tayangan mula jam 1 petang. Habis tayangan, saya pergi solat, 2.15 petang baru gerak keluar. Lapar lah pula. Maka bawalah mereka ke KLCC. Kononnya lah, tapi sesat barat sampai masuk Kajang. Patah balik. Perut dah lapar ni. GPS tunjuk jalan pun dah tak nak ikut, sebab lokasinya asyik berubah-ubah je.

  

2.45 ptg
Sampailah ke KLCC. Cari tempat makan. Mula-mula naik tingkat 4, lepas tu turun tingkat 2, naik semula tingkat 4. John dengan Nick makan masakan Korea, saya dan Mark makan nasi kandar. Kali pertama tengok muka John merah padam menahan pedas. Ish, nak pegi Korea tu. Waktu Asar masuk masa tengah makan, jadi lepas makan, kami bersiar-siar di taman KLCC tu, dan saya ambil kesempatan pergi solat Asar. Lama jugala, sampai jam 5 berada di situ. Masa nak hantar mereka ke KL Sentral, tersilap jalan terus sampai PJ. Alang-alang dah lalu Federal Highway, hantar teruslah pulang kolej.


6.00 ptg
Sampai kolej. Drop saja mereka di sana. Terus balik. Sampai rumah jam 7 malam. Malam ni buat apa? Tidurlah, letih.










No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku