30.6.13

Sehari yang membahagiakan

Sabtu (29/6/2013) adalah harinya...

Saya, Ust. Isharuddin dan Mona bertolak ke Johor untuk memenuhi undangan Prof. Salwani dalam program usahasama Al-Amin Edu Oasis dan PERINTIS (Persatuan Saintis Islam). Audiens kami adalah guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sri Lanang, Felda Sri Jaya, Ledang, Muar, Johor. Saya sangat teruja kerana inilah pertama kali dapat bermusafir dengan orang yang amat saya kagumi. Saya meminta Mona mengikut sekali kerana dia dapat day-off. Inilah lebih kurang rentetan perjalanan kami.



10.30 malam (Jumaat)

Saya dan Ust. Isha bertolak dari SMIAAG. Ust Isha sedikit lambat kerana menguruskan keluarganya. Kami menuju ke rumah saya di Kajang untuk mengambil Mona. Sedikit mengantuk, kerana petang sebelumnya saya tak sempat tidur.

11.30 malam (Jumaat)

Sesampainya di Kajang, kami menunggu Mona turun. Ust. Isha menyuruh saya pergi mendapatkan Mona. Saya agak reluctant pada awalnya, tapi ikutkan juga. Mona belum turun ketika saya sampai ke lif tingkat 4. Kami bersama-sama mengangkat barangan yang dibawa. Saya perkenalkan semula Ust. Isha kepada Mona, sebab masa kenduri dulu sangat singkat pertemuannya.

12.00 pagi (Sabtu)

Kami bertolak ke Muar. Sepanjang perjalanan, saya bercakap tak berhenti. Ust. Isha banyak bergurau, dan kami banyak ketawa. Ust. Isha menawarkan diri untuk memandu kereta apabila melihat saya telah mengantuk, jadi setibanya di hentian sebelah Ladang Bikam, saya berhenti dan Ust. Isha take over. Ingatkan jauh lagi susur keluar ke Tangkak, rupanya dekat saja.

Kami bergerak dalam kepekatan malam menuju ke Ledang berpandukan guideline Prof. Salwani. Alhamdulillah, walaupun ada terlajak kat satu simpang, akhirnya kami tiba di Felda Sri Jaya.

2.00 pagi (Sabtu)

Setibanya di sana, kami menghantar Mona ke homestay Prof, dan mengambil kunci homestay kami. Bermulalah episod mencari rumah homestay yang disebutkan. Kami berpusing-pusing mencari rumah itu, sehingga hafal lokasi tempat-tempat di kawasan Felda tersebut. Sangat mengagumkan kerana Felda ini lengkap prasarananya. Ada balai polis, balai raya, bilik gerakan, sekolah, masjid, pasar, stesen minyak pun ada. Tapi mana rumah homestay ni?

Maka dengan tebal mukanya, saya call lagi sekali Prof. Salwani untuk bertanyakan tentang homestay tersebut. Setelah mendapat maklumat tambahan, barulah kami bertemu dengan homestay yang dimaksudkan.

Total search time? 1 jam.

3.00 pagi (Sabtu)

Kami masuk ke homestay dan bersiap untuk tidur. Ust. Isha tidur di ruang tamu. Katanya sudah biasa.

6.45 pagi (Sabtu)

Saya terjaga dan melihat Ust. Isha sedang solat. Tengok jam, alamak! hampir terlajak Subuhnya. Bingkas saya bangun dan berwudhu'. Selepas solat, saya join ust. Isha menelaah, kerana kami harus bersiap sedia untuk menjadi fasilitator.

8.00 pagi (Sabtu)

Kami pergi ke SMK Tun Sri Lanang, berkenalan dengan guru-guru di sana dan breakfast. Kemudian kami dibawa ke bilik ICT sekolah untuk memulakan sesi. Sesi bermula dalam jam 9.00 pagi dengan Prof Salwani membentangkan mengenai Aqidah Merentasi Kurikulum. Sempat berkenalan dengan seorang lagi fasilitator, guru besar SRIAAW. Kami fasilitator berbincang mengenai apa yang dapat dikongsi bersama peserta.

Setelah pembentangan dan sesi soal jawab, tiba masanya untuk sesi bengkel. Guru-guru diminta menghasilkan satu lesson plan/module untuk digunakan dalam kelas. Saya menguruskan kumpulan yang mengajar subjek Bahasa dan Sains Sosial, Ust. Isha menguruskan kumpulan yang mengajar subjek teknikal, dan Cikgu Wan Norsiah menguruskan kumpulan sains dan matematik.

Seronok bersama guru-guru ini. Mereka amat bersemangat mempelajar perkara baru, untuk memastikan anak didik mereka berkembang menjadi orang-orang yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

12.00 tengahari (Sabtu)

Program habis. Dapat sedikit cenderahati (cake, my favourite!) dan kemudian kami makan tengahari. Di situlah bermula satu episod penuh drama.

Ust Isha kehilangan walletnya! Oh, no! Maka kami pun mencarilah wallet itu. Pergi ke homestay, cari dalam beg, cari dalam kereta, cari di sepanjang perjalanan sampai ke makmal komputer. entah kenapa, hati berat berkata wallet tu ada kat kereta. Jadi suggest kt Ust. Isha untuk cari lagi dalam kereta. Mungkin Allah nak buka jalan untuk orang yang tak cepat melatah, Ust. Isha jumpa wallet dia betul-betul bawah beg dalam boot kereta. Entah macam mana boleh ada di situ.

Akibat kejadian tersebut, Ust. Isha tak lalu makan. Kesian Ust...

Kami bertolak pulan lebih kurang jam 1.20, singgah solat jamak di Masjid Jamek Bukti Gambir. Next stop? Merlimau, Melaka.

2.00 petang (Sabtu)

Ada 2 perkara menarik sepanjang perjalanan. Pertama, ada jelajah berbasikal. Tak tahu program di bawah siapa, tapi sangat menarik, kerana dapat lihat orang berbasikal dalam kumpulan yang besar. Kedua, gambar di bawah ini:


Ha, cubalah teka, ini struktur apa sebenarnya?

3.30 petang (Sabtu)

Kami tiba di Merlimau. Tangki petrol hampir habis, kerana terlalu banyak tekan brake dan clutch semasa melalui jalan yang dialui kumpulan jelajah berbasikal itu. Nak dijadikan cerita, semasa mencari stesen minyak, kami lalau kawasan umbai, kampung Mona. Ust. Isha menyarankan kami melawat, alang-alang ada di sana.

Pak Enal (pak cik Mona bernama Zainal) datang mengambil kami dari tepi jalan sekolah lantas dibawa ke rumah Nenek. Sempatlah berkenalan dengan Mak Uda dan Pak Walid. Seronok jugalah, memandangkan saya dah lama tak ada datuk dan nenek (ada tok saudara di Semerah dan nenek angkat di Sg. Tua). Sejam di sana, maka bertolaklah kami ke Al-Amin Merlimau (SMIAABM)

4.30 petang (Sabtu)

Tak sangka, Al-Amin Merlimau sedekat ini! Memang lepas ni boleh pergi selalulah, sebab kampung dah dekat.

Kami disambut Ust. Zubir, Cikgu Syima dan guru-guru lain. Sangat tenang sekolah ini. Bayu laut mendayu-dayu membelai kami dengan kedinginannya. Kami menantikan ketibaan delegasi dari SMIAAG Sambil itu, kami mengambil peluang untuk berehat.

6.00 petang (Sabtu)

Dua buah bas dari SMIAAG tiba. Lebih kurang 69 pelajar yang merupakan pengawas dan beberapa pelajar lain dan 4 guru pengiring menyertai jaulah ini. Guru yang mengiring ialah Ust. Shahrul, Ust. Syahil, Cg. Najmah dan Ustzh Zaimah. Pelajar-pelajar sedikit kaget apabila melihat kami. Mana taknya, tiba-tiba ada di Melaka. Pelajar SMIAABM sangat gembira menyambut kawan-kawan mereka. Maklumlah, telah lama terpisah.

Ust. Zubir membawa saya dan Ust. Isha melawat bangunan sekolah dan asrama. Memang cantik tempatnya. Saya amat suka pemandangan jeti dan Pulau Besar dari bilik yang bakal dijadikan kawasan rehat di tingkat empat bangunan akademik.

Mona? Berbual dengan cikgu-cikgu. Harap-harap dia seronoklah.

Ada satu insiden yang tak akan saya lupakan. Kami berbual sambil mengusik, dan keadaan sangat ceria. Saya sedang maminum air apabila terdengar satu jenaka. Entah macam mana, saya tak dapat menahan geli hati dan menyemburkan air yang saya minum ke arah Ust. Syahil dan Ust. Shahrul. Memang rasa bersalah, tapi teramatlah lucu.

Sebelum maghrib, kami disediakan tempat berehat, pada masa itu, terasa nikmatnya kerana dapat berbual berdua dengan Ust. Isha. Maklumlah, di sekolah masing-masing sibuk dengan tugasan. Selepas maghrib, kami bertolak pulang, tapi sebelum itu, kami dihidangkan dengan juadah makan malam; nasi lemak, keli bakar dan ayam panggang. Sedap!

8.30 malam (Sabtu)

Kami bertolak dari SMIAAMB selepas makan malam. Ust. Isha yang memandu. Katanya sebab melihat saya kelihatan letih. Tak banyak berbual, sekadar gurauan kecil, kerana masing-masing keletihan. Lama kelamaan, Ust. Isha juga mula menunjukkan tanda keletihan. Walaupun berkeras ingin memandu sehingga kembali ke SMIAAG, akhirnya dia akur dengan keletihannya.

Kami bertukar pemandu di RNR Serdang (Itu pun setelah beberapa kali memujuk). Kami meneruskan perjalanan ke sekolah dan tiba lebih kurang beberapa minit sebelum jam dua belas tengah malam. Setelah menurunkan Ust. Isha di sekolah, saya dan Mona pulang ke rumah Ummi dan Bapak. Tumpang tidur saja rupanya kami ni.

6.15 pagi (Ahad)

Balik ke Bangi, kerana Mona masuk kerja jam 7.00 pagi.

No comments:

Post a Comment

Yang Setia Padaku

Masih Setia Bersamaku